Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Berita / Permainan ‘Pokemon Go’ hangat kembali selepas kemaskini terbaru
Berita Hiburan

Permainan ‘Pokemon Go’ hangat kembali selepas kemaskini terbaru

Pokemon Go - Featured
Selepas kemaskini terbaru beberapa hari lepas, nampaknya permainan Pokemon Go kini kembali hangat. Apakah penambahbaikan yang dibuat oleh Niantic sehinggakan ramai yang ingin bermain semula permainan ini.

Anda masih ingat permainan Pokemon Go yang telah viral sebelum ini? Kini ia kembali hangat setelah ditambah dengan ciri-ciri terbaru.

Pada minggu lepas, Niantic Labs mengeluarkan kemaskini dengan memperkenalkan lebih 80 Pokemon baru untuk ditangkap oleh pemain permainan ini.

Iklan Pokemon GO menunjukkan kemaskini dengan kemunculan pelbagai watak-watak baru yang dikatakan sangat ditunggu-tunggu oleh peminat

Bersama-sama dengan Pokemon baru, Niantic juga menambah beberapa ciri-ciri lain seperti pemberian Buah Beri ketika menangkap Pokemon dapat meningkatkan jumlah Candy terhadap watak berkenaan. Antara muka permainan juga dibuat supaya lebih mudah untuk beralih ketika memilih Buah Beri atau Poké Balls.

Kemaskini terbaru ini nampaknya dapat mengembalikan minat untuk bermain permainan ini sepertimana keterujaan ketika ia mula-mula keluar dahulu. Berdasarkan statistik, Pokemon Go melonjak naik dari kedudukan ke-77 di Google Play pada Jumaat lepas kepada kedudukan ke-3 pada hari Selasa minggu ini.

Manakala di Apple’s App Store pula, dari kedudukan ke-149 melonjak naik ke kedudukan ke-30 bagi carta permainan percuma.

Adakah permainan ini boleh dikira berjaya untuk kembali ‘panas’ seperti ketika kemuncaknya yang lepas? Mungkin tidak sama. Kejayaan Pokemon Go ketika mula-mula keluar adalah amat mengejutkan sekali, hasil kemaskini terbaru ini rasanya cuma mampu membangkitkan perasaan untuk beraksi seketika untuk kembali “catch ’em all.”

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

4 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: