Utama / Kandungan Artikel / Tutorial / AdSense / Permohonan Google AdSense
AdSense Tutorial

Permohonan Google AdSense

Permohonan Google AdSense
Jika anda berblog semestinya anda menyimpan hasrat untuk turut serta jana pendapatan melalui Google AdSense seperti juga blogger lain, betul tak? Tetapi bukan mudah untuk dapatkan AdSense, anda perlu betul-betul mengikuti semua keperluan yang ditetapkan sebelum membuat permohonan.

Mesti anda sedang berfikir…

  • Bagaimana hendak mohon AdSense?
  • Bagaimana untuk layakkan diri mohon AdSense?
  • Adakah saya dah cukup syarat untuk AdSense?
  • Apakah syarat-syarat Google AdSense?
  • Kenapa Google AdSense tolak permohonan saya?

Saya mahu kupas kesemua persoalan diatas.


Apakah Google AdSense dan Kenapa Perlu Guna?

Google AdSense adalah antara rangkaian pengiklanan online paling lama dan dipercayai. Siapa yang tidak kenal Google bukan?

Alasan paling kuat kenapa memilih Google AdSense adalah kita dibayar dengan jumlah yang cukup besar apabila tapak web yang dibangunkan berjalan dengan baik. Sudah ramai contoh diluar sana yang hidup dengan menulis blog dan sumber kewangan utama ialah Google AdSense. Oleh yang demikian, Google AdSense adalah pilihan nombor satu bagi rangkaian pengiklanan online berbanding rangkaian lain.

Kadar bayaran yang tinggi menjadikan ianya popular, idaman ramai dan diketahui oleh semua blogger dan webmaster. Disebabkan ini juga, pengesahan untuk dapat menggunakannya adalah sangat ketat, ada sedikit kesilapan berlaku pasti blog anda ditolak serta merta.

Mari kita bincangkan kenapa permohonan anda ditolak.


Kenapa Permohonan Ditolak?

1. Kandungan tidak cukup / Kandungan tidak boleh diterima

Maknanya laman web anda kekurangan kandungan untuk pihak Google buat review.

Mereka sangat memberi perhatian kepada kandungan blog sebelum menerima permohonan anda. Jika kandungan tidak berapa baik dan banyak kesalahan permohonan tidak diterima. Bukan sahaja struktur ayat kena baik, malah kandungan hendaklah unik, asli dari anda dan memberi nilai kepada pembaca.

Semua laman web yang diterima oleh Google AdSense adalah selamat untuk dilihat oleh ahli keluarga, jika kandungan lucah permohonan ditolak.

2. Halaman dan Rekabentuk Blog

Aspek rekabentuk juga diambil kira, ianya hendaklah mesra pengguna iaitu mudah difahami, selesa dipandang apabila sekali tengok pembaca sudah faham untuk explore keseluruhan laman web anda.

Bayangkanlah jika anda masuk ke sesuatu laman web yang tulisan tidak nampak untuk dibaca, butang bersepah dan mengelirukan, sudah tentu anda keluar bukan? Maknanya blog yang memiliki rekabentuk yang teruk juga ditolak oleh Google.

3. Tiada Halaman Polisi Rahsia, Tentang Kami atau Hubungi Kami

Halaman Polisi Rahsia (Privacy Policy), Tentang Kami (About Us) ataupun Hubungi Kami (Contact Us) adalah mustahak. Halaman ini memberi gambaran bahawa anda profesional supaya pembaca tahu siapakah pemilik blog, bagaimana untuk hubungi dan sebagainya. Jika tiada perkara-perkara asas ini, bagaimana anda mahu serius. Mungkin anda tulis perkara mengarut dan tidak beretika. Jika tiada halaman ini, permohonan juga ditolak.

4. Laman Tidak Menepati Polisi Google

Jika anda dapat emel daripada Google memberitahu status ini – “Site does not comply with Google policies” bermakna laman web anda lemah dari syarat-syarat sebelum ini, tulisan pula lemah, tidak asli, banyak copy paste dari tulisan penulis lain. Ditambah lagi mungkin anda ada buat pautan kepada kandungan illegal, lucah atau sebarkan download percuma terhadap produk yang memiliki hak cipta terpelihara.

Sekalipun kandungan banyak tetapi tiada nilai untuk dibaca, sayang sekali menulis perkara sia-sia.

Dapatkan panduan sebelum memohon untuk jadi AdSense Publisher.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

4 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Permohonan Google AdSense | Adi Azudin

Apakah yang wajib diketahui untuk membuat permohonan Google AdSense? Baca artikel ini yang membincangkan hal tersebut.

Kongsi bersama rakan