Utama / Kandungan Artikel / Tutorial / Aplikasi / Restore WhatsApp
Aplikasi Tutorial

Restore WhatsApp

Restore WhatsApp
Secara umumnya, aplikasi WhatsApp sentiasa melakukan rutin backup harian. Oleh itu, jika mahu dapatkan kembali mesej terdahulu boleh lakukan proses restore.

Backup WhatsApp

Langkah-langkah

Langkah pertama sekali, sila semak bilakah akhir rutin backup dibuat? Dari situ kita akan tahu waktu terkini fail backup tersebut, jika mesej yang masuk kemudian selepas itu tidak terkandung sama sekali dalam backup berkenaan.

  • Klik Settings > Chats and calls
Settings - Restore WhatsApp
Klik pada Chats and calls
  • Klik Chat backup
  • Klik Backup untuk lakukan backup terkini sebelum copy fail yang ada di dalam folder Databases.
Chat Backup - Restore WhatsApp
Chat backup

File Managers / Explorers

Guna File Managers / Explorers untuk lihat direktori fail yang terdapat didalam phone. Pergi ke folder WhatsApp > Databases. Saya sarankan supaya anda copy semua fail database yang ada dalam folder tersebut dan simpan di suatu tempat yang anda sendiri tahu untuk dapatkan kembali. Saya selalu simpan kesemuanya dalam Google Drive.

Fail database WhatsApp diberi nama seperti paparan dibawah, ianya mengikut tarikh.

Databases Folder - Restore WhatsApp
Kedudukan folder Databases di dalam WhatsApp

Restore WhatsApp

Langkah-langkah

  1. Uninstall WhatsApp.
  2. Anda hendaklah memilih manakah fail backup yang hendak digunakan.
  3. Namakan semula (rename) fail backup yang hendak digunakan daripada msgstore-YYYY-MM-DD.1.db.crypt8 kepada msgstore.db.crypt8.
  4. Langkah ke-3 adalah sangat penting kerana WhatsApp hanya baca fail dengan nama seperti diatas.
  5. Install kembali WhatsApp.
  6. Sebelum jalankan WhatsApp buat pertama kali, semak terlebih dahulu folder WhatsApp/Databases, pastikan anda telah paste fail baru yang telah rename sebentar tadi dalam langkah ke-3 ke dalam folder berkenaan.
  7. Apabila jalankan WhatsApp, secara automatik ia menggunakan fail msgstore.db.crypt8. Maka, selesai proses restore.

Artikel ini tiada kaitan dengan aplikasi OG WhatsApp, segala soalan yang berkaitan OG WhatsApp adalah tidak relevan.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

49 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

  • Soalan saya fail database perlu berada di dalam memori internal atau external? Telefon saya mengalami kerosakan dan hendak guna telefon baru tapi masih menggunakan nombor lama. Saya hanya dapat selamatkan SD Card dengan nombor lama sahaja.

  • Nama fail backup saya di hujungnya dinama .crypt12 beza dengan angka 8 dalam artikel admin. Adakah perlu ditukar kepada .crypt12 juga dihujungnya?

      • Terima kasih juga atas respon yang diberikan. Jika saya memilih untuk restore semua fail yang terdapat dalam database, adakah perlu rename yang sama bagi semua fail?

      • Oh lupa beritahu dalam fail database saya mmg sedia ada satu fail msgstore.db.crypt12 fail yang lain pula ada YYYY-MM-DD

        • Jadi pilih satu fail sahaja ke? Jika saya ingin restore fail yang latest boleh ke rename sebab fail msgstore.db.crypt12 memang sedia wujud. Terima kasih penjelasan.

          • Fail yang sedia wujud itulah yang sedang digunakan pada WhatsApp sekarang, tutup WhatsApp dahulu, simpan fail yang sedia ada, pilih fail yang hendak rename, kemudian tukar dan jalankan balik aplikasi WhatsApp.

  • Salam Adi, what if saya dah backup all the chats and then saya delete kesemua chat berkenaan. Adakah boleh saya baca dalam email and kat email pula nak buka dibahagian mana?

    • Fail yang sudah backup memang boleh simpan dimana-mana yang kita mudah untuk akses tetapi format tersebut tidak boleh dibaca melalui email. Kena restore ke dalam phone untuk baca.

  • Salam admin, saya sangat-sangat perlukan jawapan. Sebelum ini saya guna WhatsApp dengan no prepaid lama yg dh expired. Haritu saya reset phone & terlupa backup, bila saya install WhatsApp dia minta isi no dan akan send verify code. Sebab no sye dh lama expired so sye x dpt terima verify code tu, disebabkan tu saya terpaksa biar WhatsApp sye mcm tu je. Persoalan saya kalau ada orang dh beli no sye yg dh expired tu apa akan jadi dgn akaun sye tu? Adakah dia akan dpt baca dan tgok semua maklumat dalam akaun WhatsApp sye tu? Sbab byk bnda penting, ada group family, chat, gambar-gambar video family dan lain-lain. Adakah dia akan dpt tgok? Sye sangat-sangat risau, saya harap admin dapat jawab pertanyaan saya ini. Saya telah cuba untuk aktifkan balik no tu tapi x boleh, melainkan klau dh recycle dan no tu dh di jual, peluang utk dpt no tu balik sgt susah. Tolong jwab pertanyaan sye admin. 😢😭

    • Salam Amir.
      Kenapa tak guna WhatsApp dengan nombor telefon terkini? Untuk apa menunggu verify daripada no lama yang telah expired? Jangan khuatir tentang fail pada WhatsApp lama, tiada pun backup untuk restore yang boleh diambil oleh sesiapa. WhatsApp bukan simpan guna cloud storage pun.

      Pergi ke Account > Change number. Pertukaran daripada nombor lama dahulu kepada nombor terkini yang digunakan sekarang.

      • Salam, saya pun ada masalah sama tetapi nombor saya akan diaktifkan semula dalam masa seminggu. Contohnya, saya reset 1hb nombor akan diaktifkan pada 8hb, kiranya sepanjang seminggu ini saya tidak akan boleh buka WhatsApp. Soalan saya, adakah segala WhatsApp yang dihantar orang dan group pada masa seminggu tersebut akan saya dapat setelah WhatsApp saya dibuka semula?

          • Saya dah aktifkan semula. Semua mesej WhatsApp yang dihantar dalam waktu seminggu itu diterima sebaik sahaja WhatsApp dibuka, mesej masuk bertubi-tubi. Saya ada soalan baru, gambar-gambar yang dihantar melalui WhatsApp sebelum ini hilang selepas saya reinstall aplikasi, bagaimana ye?

    • Soalan saya, masih guna nombor telefon sebelum ini? Guna fail backup paling terkini yang sebelum ini digunakan dalam phone lama, saya pasti “group chat” semua ada.

  • Tuan,
    Masalah saya, sy format telefon, sebelum tu sy back up whatsapp. Pastu sy back up semua apps. Habis format sy just restore apps shj sbb lbh sng. Bila sy nk run whastapp tu dia hya tya utk restore yg dh lma. Yg baru sy back up sblm format tu xde, saya tgk dlm folder whatsapp ada file tu. Bila buat step rename file & copy paste dlm folder lain tu, still xdpt. Sy dh delete semua back up wasap lain. Sy uninstall n install balik pn, mmg ada ditanya nk restore ke x yg baru back up tu tapi dh selesai proses restore, resultnya fail to restore. Cmne tu ye tuan?

  • Assalamualaikum,
    Saya baru bertukar hp. Hp baru saya guna kad SD baru tapi masih dengan nombor lama dan hp lama dengan no yang baru menggunakan kad SD lama. Masalah yang dihadapi ialah hp lama saya tetap masuk mesej Whatsapp dan hp baru (no lama) still tidak masuk mesej. Saya ada backup banyak kali dan install, uninstall balik. Tukar simkad, copy paste whatsapp folder dalam storage hp lama ke kad SD baru, balik-balik macam tu jugak. Dah macam-macam cara saya try tapi still gagal 🙁 Mohon penyelesaian dari tuan.

  • Salam, memori telefon saya penuh. Jadi, WhatsApp cuba restore backup message, tapi lastly hanya tinggal 7 groups sahaja. Mesej lain habis hilang, macam mana nak dapatkan balik ye?

    • Semak fail databases yang ada, lihat database paling latest. Jika masih tiada boleh test database yang sebelumnya tetapi make sure yang digunakan sekarang ini backup terlebih dahulu. Phone memory penuh masalah juga tu.

  • Assalam tuan,

    Situasi sy mcm ni…sy tab rosak dan kedai ckp die akan format kembali semua apps.

    Utk dptkan no lame sy syarikat telco ckp dah xblh sbb dah kene terminate. Jd soalan sy boleh ke nak backup setelah apps kene format?semua chat2 sy bersama dgn customer dlm tu harap tuan dapat bantu

    • Wa’ alaykum al-Salam,
      Asalkan ada simpan WhatsApp Databases boleh lakukan restore. Jika tiada backup, tak dapat nak bantu. Selepas daripada ini, selalu pastikan ada backup ataupun boleh guna Telegram, kerana Telegram lebih maju daripada WhatsApp dan semua chat disimpan online dan sync ke semua devices.

  • Saya mahu bertanya nombor hp lama dah hilang dan luput. Sekarang saya guna hp baru, bolehkah saya dapatkan code WhatsApp lama?

  • Assalamualaikum Adi.
    Kalau kita dah block wasap seseorang, dalam masa yang sama kita dah erase semua conversation ngan dia, pastu rasa nak unblock n nak tgk semula semua conversation ngan dia lepas2, boleh ke?

    • Wa’ alaykum al-Salam.
      Block ataupun tidak bukanlah persoalan disini kerana WhatsApp akan backup semua conversation yang ada dalam senarai chat. Sebelum padam sesuatu conversation, tap backup supaya conversation berkenaan disimpan. 😀

  • So bila , da backup chat. Pastu delete app whastapp. Install semula, pastu restore. Whatsapp yg baru install tu akan ada segala chat yg telah delete lah ya?

  • Saya nak tanya mesej whatsapp lama yang boleh backup tak? Hp saya telah diformat dan bagaimana nak dapatkn mesej whatsapp lama?

    • Hai Lis,
      Backup conversations ada dalam phone sebelum anda format, jika file tersebut masih lagi disimpan boleh copy balik ke dalam folder WhatsApp kemudian restore.

      • Saya tak pasti saya pernah backup atau tidak WhatsApp saya tu, tp satu saya nk bagitau, saya nak bagi ganjaran RM1k kepada sesiapa yg boleh cari balik conversation dalam WhatsApp saya bermula 3 tahun yg lalu. Kepada yang mampu berbuat demikian sila contact saya 0179463304, superb urgent!

  • Macam best je cara ni tapi nak tanya, ada cara tak nak cari massage yang dah padam tanpa backup…maksud saya..bila delete conversation.

    • Jika conversation tersebut dipadam selepas sehari atau 2 hari berikut tiada masalah sebab sudah dibackup. Tapi, kalau conversation yang baru-baru masuk terus delete memang hilang la.

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Restore WhatsApp

Cara Restore WhatsApp untuk dapatkan kembali mesej terdahulu daripada fail backup. Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut.

Kongsi bersama rakan