Utama / Kandungan Artikel / Keluarga / Salam perkenalan buat pengunjung semua dan hello dunia blogging
Blogging Keluarga

Salam perkenalan buat pengunjung semua dan hello dunia blogging

Salam Perkenalan
Salam perkenalan daripada saya Adi Azudin, semoga dengan wujudnya blog ini ia menjadi platform yang bermanfaat untuk saya berkongsi kepakaran dan menyebarkan artikel bermutu sebagai bahan rujukan selain daripada keprihatinan saya terhadap WordPress.
Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada seluruh kaum cina di Malaysia.

Ini adalah artikel saya yang pertama. Salam perkenalan kepada anda semua yang membaca artikel ini.

Bersempena cuti Tahun Baru Cina yang lalu, oleh kerana kelapangan masa saya telah pergi ziarah keluarga kakak di Putrajaya. Bagi sesiapa yang belum tahu, saya sudah ketiadaan ibu bapa. Jadi, rumah kakak atau rumah abanglah tempat untuk ziarah jika ada kesempatan.

Salam Perkenalan - Adi Azudin
Depan dari kiri: Naufal dan Nukman    |    Belakang: Umi Kalthum dan Wan Omar
Salam Perkenalan - Adi Azudin
Wan Hanin yang berjubah hitam

Dunia Blogging

Sebenarnya dunia blogging tidaklah asing bagi diri saya, sejak tahun 2008 lagi pernah terlibat tetapi tidak serius sebagaimana sekarang. Masa itu yang saya ingat kemampuan tidak seperti sekarang, saya kendalikan dua tapak web iaitu fazudin.com dan fine.my. Masa berlalu sedikit demi sedikit, dari bulan ke bulan, tahun ke tahun hinggalah sekarang tahun 2014. Kini, berbekalkan kemahiran dalam bidang grafik dan IT maka saya tampil kali ini dengan lebih yakin untuk kendalikan blog ini – adiazudin.com – hingga berjaya semoga perkongsian yang ditulis akan datang dapat menjadi sumber rujukan bermanfaat buat pembaca semua.

Saya juga belajar sesuatu daripada kegagalan lalu, apa yang anda lihat sekarang ini adalah hasil pengalaman dan kemahiran yang dikutip sejak dahulu.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan