Utama / Kandungan Artikel / Berita / Sejarah iPod sepanjang 15 tahun
Berita IT

Sejarah iPod sepanjang 15 tahun

Sejarah iPod 15 tahun
Hari ini adalah ulangtahun iPod ke-15. Mari kita imbas kembali sejarah awal pengenalan iPod sejak 2001 sehingga kini, apakah evolusi yang telah berlaku selama ini.

Sejarah iPod

15 tahun lalu pada 24 Oktober 2001 (bersamaan 23 Oktober di US), Steve Jobs membuat pelancaran iPod pertama yang menjadi pencetus era muzik digital. Selepas daripada itu penggunaan pemain CD mula berkurangan dan kini telahpun lenyap, Apple Music memainkan peranan besar sekarang.

Mari kita lihat rentetan sejarah pengenalan iPod pertama yang asal menggunakan badan daripada plastik dengan roda putar (scroll wheel), kemudian click wheel sehinggalah badan aluminum dan skrin sentuh seperti yang terdapat pada versi iPod Touch keluaran 2015.

iPod telah berjaya mencipta trend sebagai pemain muzik digital paling laris di pasaran #iPodDay Klik untuk Tweet

1. iPod (Generasi 1) 2001

Sejarah iPod 15 tahun - iPod 1st generation 2001
Inilah iPod generasi pertama yang keluar 15 tahun lalu pada 2001 yang dijual pada harga $399. Ia memiliki storan cuma 5GB dengan port FireWire untuk pemindahan data. Butang boleh putar iaitu scroll wheel di permukaan hadapan.
iPod

2. iPod (Generasi 3) 2003

Sejarah iPod 15 tahun - iPod 3rd generation 2003
Bagi generasi ketiga pula, Apple melakukan sedikit perubahan rekabentuk yang mana didapati butang kawalan media diasingkan daripada scroll wheel dan sensitif kepada sentuhan jari. Versi ketiga ini juga diperkenalkan 30-pin connector yang digunapakai secara menyeluruh terhadap produk Apple sehingga Lightning connector diperkenalkan pada 2012.
iPod

3. iPod Mini 2004

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Mini 2004
iPod mini bersaiz kecil dan nipis serta hadir dengan kapasiti storan 4GB dan 6GB sahaja. iPod pertama diperkenalkan click wheel bukan lagi scroll wheel seperti versi sebelumnya. Variasi warna untuk iPod mini sangat ceria dengan warna yang cerah dan terang.
iPod Mini

4. iPod (Generasi 4) 2004

Sejarah iPod 15 tahun - iPod 4th generation 2004
iPod Photo pada generasi keempat mula menggunakan skrin warna. Permukaan plastik putih serta click wheel berwarna kelabu. Hadir dalam dua variasi iaitu hitam dan putih.
iPod Photo

5. iPod U2 (Edisi Khas) 2004

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Special Edition U2 2004
iPod U2 adalah edisi khas yang hadir dalam versi warna dan juga hitam putih. Badan iPod berwarna hitam manakala permukaan click wheel menggunakan warna merah. Pada bahagian belakang pula terdapat tandatangan ahli kumpulan U2.
iPod Special Edition

6. iPod Shuffle (Generasi 1) 2005

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Shuffle 1st generation 2005
Inilah iPod Shuffle pertama diperkenalkan pada 2005. Merupakan iPod paling murah dan ia adalah iPod pertama bertindak sebagai memori flash USB untuk kegunaan menyimpan data selain muzik, terdapat penutup USB di hujung iPod.
iPod Shuffle

7. iPod Nano (Generasi 1) 2005

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Nano 1st generation 2005
iPod nano pertama kecil dan menawan, ketebalan pada ketika itu 0.3 inci sahaja, setebal sebatang pensil. Versi pertama ini hanya hadir dalam variasi hitam dan putih.
iPod Nano

8. iPod (Generasi 5) 2005

Sejarah iPod 15 tahun - iPod 5th generation 2005
iPod generasi kelima lebih lebar dan skrin diperbesarkan oleh Apple. Ketika ini Apple mula fokus untuk tonton video dan TV, video muzik dan akhir sekali disambungkan ke iTunes Store untuk membeli dan menonton filem. Generasi kelima ini hadir dengan tambahan warna hitam selain putih yang selama ini warna asal untuk badan iPod.
iPod

9. iPod Touch (Generasi 1) 2007

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Touch 1st generation 2007
iPod Touch pertama dilancarkan hanya beberapa bulan selepas pelancaran iPhone pertama. Ia turut memiliki fungsi sama seperti iPhone menggunakan iOS cuma dikurangkan pada bahagian sambungan telefon. Saat ini pemilik iPod boleh menggunakan lebih banyak aplikasi produktiviti, menghantar emel dan melayari web, menonton video dan rancangan TV. Visi Apple untuk menggerakkan dunia peranti mudah alih kelihatan memberi impak yang cukup besar.
iPod Touch

10. iPod Classic 2007

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Classic 2007
Ini adalah model terakhir bagi kesinambungan rekabentuk asal iPod, iPod Classic pada tahun 2007. Model ini menaik taraf iPod yang selama ini menggunakan badan daripada plastik kepada aluminum. Kapasiti storan paling tinggi pernah ditawarkan dalam sejarah iPod iaitu 160GB dan pengeluaran iPod ini ditamatkan pada 2014.
iPod Classic

11. iPod Nano (Generasi 5) 2009

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Nano 5th generation 2009
Asal iPod nano hanya berwarna hitam dan putih. Kali ini bagi iPod Nano versi 3 dan 4 telah hadir dalam pelbagai warna dan Apple melakukan eksperimentasi bagi menyerlahkan lagi iPod ini. Gambar di atas adalah iPod Nano generasi ke-5. Bagi generasi ke-3 dan 4 lebih kurang sama seperti ini tetapi untuk versi ke-5 ditambah kamera video dan pembesar suara.
iPod Nano

12. iPod Touch (Generasi 4) 2010

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Touch 4th generation 2010
Bagi iPod Touch pula, generasi ke-2 dan 3 tidak memiliki kamera pada bahagian hadapan. iPod Touch generasi ke-4 ditambah kamera pada kedua-dua bahagian iaitu hadapan untuk tujuan Facetime dan belakang untuk mengambil gambar dan video. Paparan skrin mula menyokong resolusi tinggi iaitu Retina Display.
iPod Touch

13. iPod Shuffle (Generasi 4) 2010

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Shuffle 4th generation 2010
iPod Shuffle generasi ke-4 besaiz petak kecil dan terdapat klip pada bahagian belakang dan hadir dalam 5 variasi warna.
iPod Shuffle

14. iPod Nano (Generasi 7) 2012

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Nano 7th generation 2012
iPod Nano kelihatan lebih comel dan menawan yang menyerupai iPod Touch kerana skrin boleh sentuh. Perbezaannya ialah ianya kecil dan tiada iOS.
iPod Nano

15. iPod Touch (Generasi 6) 2015

Sejarah iPod 15 tahun - iPod Touch 6th generation 2015
iPod Touch generasi ke-6 tidak lagi menggunakan badan aluminum berkilat seperti sebelum ini. iPod ini hadir dalam rekaan serupa seperti iPhone 6 dengan cip A8.
iPod Touch

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan