Utama / Kandungan Artikel / Berita / Sokongan WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama
Berita IT

Sokongan WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama

WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama - Featured
Pada Februari tahun ini, WhatsApp ada membuat pengumuman bahawa ia akan menghentikan sokongan terhadap telefon pintar lama yang menggunakan versi awal Android, iPhone, Nokia, Blackberry dan juga Windows Phone 7. Kini masanya sudah hampir tiba akhir tahun 2016, maka selepas ini tiada lagi telefon pintar lama yang menggunakan WhatsApp.

Sokongan WhatsApp akan mula dihentikan terhadap telefon lama bermula akhir 2016.

Anda jangan panik dengan berita ini kerana tindakan ini wajar dilakukan kerana sistem operasi versi lama tidak lagi mampu menjalankan aplikasi terkini. Secara khusus WhatsApp akan dihentikan pada Android 2.1 dan Android 2.2, Windows Phone 7, iPhone 3GS. Menurut kajian untuk Android hanya 0.1 peratus sahaja yang masih aktif dengan peranti lama yang menggunakan Android Froyo.

Berdasarkan data daripada Apple, lebih kurang 8 peratus peranti masih menggunakan versi lama iOS. Jadi, jika anda pengguna iOS6 dan sebelum, WhatsApp akan berakhir tidak lama lagi.

WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama

WhatsApp, yang kini aktif dengan 1 bilion pengguna, menjadi sebuah aplikasi pesanan paling popular. Aplikasi berkenaan baru-baru ini memperkenalkan fungsi panggilan video sama seperti pesaingnya iaitu Skype, Facetime dan juga Google Duo. WhatsApp juga dijadualkan akan membuat ciri-ciri Stories seperti Snapchat selepas ini.

Sumber: Indian Express

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Perkongsian Artikel

Jika artikel ini bermanfaat, sila kongsikan bersama rakan-rakan anda!

Sokongan WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama

Sokongan WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama bermula akhir 2016. Baca artikel ini untuk berita lanjut.

Kongsi bersama rakan