Utama / Kandungan Artikel / Travel / Taman Burung Kuala Lumpur
Rekreasi Travel

Taman Burung Kuala Lumpur

Taman burung Kuala Lumpur - Featured
Taman Burung Kuala Lumpur terletak di Taman Tasik Perdana. Jarak perjalanan cuma 10 minit memandu dari pusat bandaraya Kuala Lumpur. Taman ini menjadi rumah kepada lebih 3,000 burung daripada pelbagai spesis tempatan dan juga luar negara.
Taman Burung Kuala Lumpur
Kawasan luar Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur
Tiket masuk

Pada hujung minggu lepas, kami mengunjungi Taman Burung Kuala Lumpur. Sengaja pergi untuk habiskan masa cuti yang ada, sambil lihat apakah spesis burung yang ada, ambil gambar dan sebagainya, dapat juga tenangkan fikiran.

Harga tiket untuk masuk ke sini ialah RM25 (dewasa) dan RM12 (Kanak-kanak) bagi yang ada MyKad. Manakala pelancong asing dikenakan bayaran lebih mahal.

Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur
Taman Burung Kuala Lumpur
Pintu masuk ke dalam taman

Lihat galeri gambar berikut:

Berikut adalah video lama yang telah dirakam pada 2 Jun 2013 semasa pertama kali datang kesini:

Kesilapan kapsyen, saya tulis Ostrich tetapi sebenarnya ia adalah Emu

Semasa jalan-jalan di kawasan World of Parrots, kami sempat melihat lebih dekat sambil berpeluang memberi burung-burung ini minum, 1 mangkuk kecil kena bayar RM2.

Taman Burung Kuala Lumpur
Lihat burung ini minum, leka sekejap melihat burung-burung yang comel di sini
Sedang memberi burung ini minum

Untuk maklumat lanjut, sila lawati laman web: KL Bird Park

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

Tambah Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan