Tebus e-Tunai Rakyat Featured
Foto oleh Odua Images di Shutterstock

Tebus e-Tunai Rakyat sebanyak RM30

Jangan lupa tebus e-Tunai Rakyat sebanyak RM30 seorang. Sebuah inisiatif rangsangan digital oleh kerajaan sebagai galakan berbelanja tanpa tunai.

Bermula 15 Januari sehingga 14 Mac 2020, rakyat Malaysia boleh menebus e-Tunai Rakyat sebanyak RM30 melalui salah satu aplikasi berikut iaitu Grab, Boost atau Touch ‘n Go.

Oleh itu, bersiap sedia dengan mendaftar salah satu di antara aplikasi berkenaan bagi yang belum biasa menggunakannya.

Inisiatif e-Tunai Rakyat

Lim Guan Eng
Menteri Kewangan Malaysia

Pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat sebanyak RM450 juta dengan RM30 setiap orang bakal dilancarkan pada Januari 2020.

Persiapan akhir bagi pelaksanaan inisiatif e-Tunai Rakyat yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan Malaysia kini sedang giat dijalankan. Program rangsangan digital ini telah diumumkan oleh Kementerian Kewangan di bawah Belanjawan 2020 dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan e-dompet dan pembayaran digital di kalangan pengguna dan pedagang tempatan.

Baca: Siaran media Menteri Kewangan Malaysia

Kelayakan menerima

Syarat utama kelayakan menerima e-Tunai Rakyat ialah:

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 18 tahun ke atas.
  • Pendapatan tahunan kurang daripada RM100,000 (RM8,333 sebulan).

Kelayakan ini disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara dan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Rangsangan digital ini adalah satu usaha galakan kepada masyarakat untuk menggunakan e-dompet supaya masyarakat tanpa tunai di negara kita lebih cepat berkembang.

Cara tebus e-Tunai Rakyat

Muat turun salah satu di antara aplikasi berikut dan pilih hanya satu yang anda suka dan selesa untuk menebus e-Tunai Rakyat ini kerana boleh dilakukan sekali sahaja.

Langkah 1

Daftar segera e-dompet dan lakukan pengesahan identiti.

Langkah 2

Klik butang Tuntut Sekarang (Claim Now) yang ada di dalam aplikasi.

Cara tebus e-Tunai Rakyat
Kemaskini: Butang untuk tebus e-Tunai Rakyat sudah ada pada setiap aplikasi pada hari ini 15 Januari 2020.

1. Grab

Aplikasi Grab menjadi pilihan kepada pengguna yang selalu menggunakan perkhidmatan seru pandu daripada syarikat itu serta servis memesan makanan, membeli barangan runcit dan penghantaran barang.

GrabPay adalah kaedah yang digunapakai di dalam aplikasi Grab untuk melakukan pembayaran tanpa tunai. Caranya ialah dengan menambah kad debit pada bahagian pembayaran supaya boleh melakukan tambah nilai.

Untuk lebihkan ganjaran saya syorkan tambah nilai GrabPay menggunakan kad debit BigPay, boleh kumpul BIG Points pada masa yang sama.

Dimana GrabPay boleh digunakan?

Tebus e-Tunai Rakyat dengan GrabPay jika anda mahu menikmati:

GrabRides

GrabRides

Nikmati perjalanan yang lebih mudah dengan GrabPay. Tiba di destinasi dan melakukan perjalanan tanpa gangguan!

GrabFood

GrabFood

Memuaskan keinginan anda pada GrabFood dengan pilihan makanan yang pelbagai dan pembayaran yang lancar.

GrabMart

GrabMart

Pesanan barang-barang keperluan seperti barangan runcit, buah-buahan, produk kesihatan dan kecantikan.

GrabExpress

GrabExpress

Dapatkan perkhidmatan penghantaran segera yang selamat, cepat dan boleh dipercayai.

Saya juga memilih GrabPay untuk menebus e-Tunai Rakyat dan dengan ganjaran sebanyak RM30 itu bakal dihabiskan untuk memesan makanan.

Grab

Dapatkan Grab anda sekarang

2. Boost

Boost menjadi pilihan kedua saya untuk menebus e-Tunai Rakyat jika mahu membayar bil dan membeli barangan runcit di pasaraya.

Fungsi pemindahan bank telah dikunci di dalam aplikasi Boost untuk nilai RM30. Bermakna nilai berkenaan tidak boleh dipindahkan kemana-mana melainkan untuk berbelanja sahaja.

Dimana Boost boleh digunakan?

Tebus e-Tunai Rakyat dengan Boost jika anda mahu melakukan:

Imbas dan bayar

Imbas & Bayar

Mudah sahaja untuk melakukan transaksi di kedai, hanya imbas kod QR dan bayar.

CashUp

CashUp

Anda terima cashback setiap kali membeli belah secara atas talian melalui CashUp.

Hantar atau minta duit

Hantar Duit

Hantar atau minta duit di antara kenalan yang menggunakan aplikasi ini.

Bayar bil dan tambah nilai

Bayar Bil

Boleh bayar bil utiliti dan juga tambah nilai untuk talian mudah alih.

Boost

Dapatkan Boost anda sekarang dengan menggunakan kod jemputan ini “ahmoh8v” dan menerima RM5 percuma.

3. Touch ‘n Go

Touch ‘n Go e-Wallet pula saya gunakan untuk dua tujuan. Pertama ialah untuk PayDirect iaitu membayar tol menggunakan dana yang ada di dalam e-dompet ini dan tujuan kedua menambah nilai talian mudah alih.

Dimana Touch ‘n Go e-Wallet boleh digunakan?

Tebus e-Tunai Rakyat dengan Touch ‘n Go e-Wallet jika anda mahu melakukan:

Tambah nilai

Tambah Nilai

Juga boleh melakukan tambah nilai untuk talian mudah alih.

Bayar App Store

Bayar App Store

Boleh bayar untuk App Store terus di e-dompet ini.

Pindah duit

Pindah Duit

Pindah duit di antara rakan di dalam app ini.

Bayar bil

Bayar Bil

Boleh juga untuk bayar bil.

PayDirect

PayDirect

Laluan tol terus bayar menggunakan PayDirect.

Petrol

Beli Petrol

Isi petrol dan bayar menggunakan e-dompet ini.

Touch 'n Go e-Wallet

Dapatkan Touch ‘n Go anda sekarang dengan menggunakan kod rujukan “9fzm49” dan nikmati 3 kali rebat tol.

Bagi penduduk luar bandar, transaksi tanpa tunai tidaklah serancak kami yang tinggal di ibu kota. Kuala Lumpur memiliki ramai pedagang dengan syarikat fintech ini. Maka, servis yang diterima pengguna adalah lebih luas.

Verifikasi Akaun

Setiap aplikasi e-dompet menghendaki pengguna melakukan verifikasi akaun sebagai pengesahan identiti. Jangan lupa melakukannya dengan memuat naik gambar kad pengenalan untuk proses itu.

Kesimpulan

Sebagai seorang warganegara yang menerima e-Tunai Rakyat ini, gunalah ganjaran RM30 itu untuk tujuan masing-masing. Sebenarnya disebalik nilai RM30 itu, kerajaan memberikan mesej kepada kita semua bahawa ia adalah galakan kepada masyarakat untuk mengamalkan budaya tanpa tunai.

Budaya ini hendak diterapkan supaya rakyat negara kita mengamalkan amalan yang digunapakai di kalangan negara maju. Tetapi malangnya masih ramai rakyat yang tidak berubah menggunakan kaedah ini yang jauh lebih selamat dan efisien.

Oleh yang demikian, langkah mendidik masyarakat ialah dengan memberi ganjaran seperti ini, dengan harapan apabila menggunakan e-dompet untuk tebus e-Tunai Rakyat ini dapat memberikan sedikit pendedahan.

Saya amat menyokong program ini dan juga memiliki pandangan yang sama.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.