Utama / Kandungan Artikel / Tutorial / Aplikasi / Telegram Inline Bots
Aplikasi Tutorial

Telegram Inline Bots

Telegram Inline Bots
Telegram Bot telah diwujudkan sebelum ini bagi tujuan melakukan tugas-tugas tertentu seperti mencipta sticker, tetapi untuk berkomunikasi dengan bot tidaklah begitu mudah kerana setiap kali mahu menggunakannya anda terpaksa menghantar mesej ke perbualan berasingan atau menambah bot ke dalam kumpulan. Hari ini, Telegram memperkenalkan cara yang lebih cepat untuk menghubungi bots.

Kini, Inline Bots diperkenalkan supaya lebih mudah untuk diakses di dalam Perbualan Peribadi, Kumpulan dan juga boleh digunakan di dalam Channel. Inline Bots boleh membantu anda dengan berpuluh-puluh tugas yang berbeza, seperti menghantar GIF yang berkaitan, gambar-gambar dari laman web, video YouTube, artikel Wikipedia dan lain-lain lagi.

Bagaimana Bots Berfungsi

Caranya ialah mention bot yang hendak digunakan diikuti dengan keyword yang bersesuaian seperti ini @… keyword”.

Beberapa bots telah dibuat dan boleh digunapakai oleh pengguna Telegram. Antaranya @gif (Animasi GIF), @vid (Video YouTube), @pic (Imej Yandex), @bing (Imej Bing), @wiki (Laman Wikipedia), @imdb (Laman IMDb) dan @bold (Format Teks).

Mari kita cuba…

Telegram Inline Bots - @gif
Contoh untuk mencari animasi gif, panggil bot @gif kemudian taip kata kunci yang mahu dicari, selepas itu hasil carian akan muncul

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Kerja dari rumah dengan iLancee

2 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

Kongsi bersama rakan