Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Berita / Wajah Baharu Instagram
Berita IT

Wajah Baharu Instagram

Setiap kali ada rekabentuk semula (redesigned) ada yang suka dan ada yang tidak suka. Setiap sesuatu rekabentuk itu pihak designer akan buat mockup dan menjalani beberapa kajian rekabentuk sebelum dilancarkan. Sudah tentu ia ada rasionalnya terhadap rekabentuk akhir.

Rasional antaramuka (UI) hitam putih ialah untuk menaikkan dan memberi fokus warna hanya terhadap gambar-gambar anda.

Jadi, apabila anda sedang melihat galeri Instagram, pandangan mata hanya terfokus kepada gambar, manakala bingkai hitam putih berserta teks tidak memberi gangguan.

Konsep rekaan moden ialah ringkas tetapi kaya dengan ciri-ciri mesra pengguna.

UI moden ketika ini semuanya flat, lihat material design Google juga flat, tema laman web yang laris terjual kebanyakannya flat dan minimalist. Konsep rekaan moden memang tidak lari daripada konsep rekaan ringkas tetapi kaya dengan ciri-ciri mesra pengguna.

Wajah Baharu Instagram - Ikon

Logo Instagram baharu diterapkan gradient daripada warna-warna jalur pada ikon sebelum ini, itu yang cuba disampaikan menerusi iklan. Ikon warna-warni dan apabila anda berada dalam aplikasi warna-warni hanya pada gambar, ia relevan kan?

Sumber: Instagram Blog

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

2 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

%d bloggers like this: