Artikel travel telah berpindah ke Travelholic.my. Baca sekarang!

Utama / Blog / Umum / Merasai wang AdSense pertama dalam arena blogging
Blogging Umum

Merasai wang AdSense pertama dalam arena blogging

Wang AdSense Pertama
Hasil blog daripada AdSense adalah ditunggu-tunggu oleh setiap blogger. Tambah-tambah lagi yang baru pertama kali dapat merasa wang AdSense. Selepas ini boleh naikkan lagi pencapaian blog, naikkan trafik itu paling penting dan harapannya ialah semoga wang AdSense boleh dikeluarkan ke akaun bank setiap bulan.

Hasil AdSense

Bulan ini adalah bulan April tahun 2016. Wang AdSense pertama akan masuk ke akaun bank pada hujung bulan ini.

Wang AdSense Pertama - Transaksi
Penyata AdSense Feb hingga April 2016
  • Pembayaran ke akaun bank dibuat oleh Google AdSense setiap 21 haribulan.
  • Jika 21 haribulan jatuh pada hari minggu, maka pembayaran dibawa ke hari Isnin.
  • Proses pemindahan ini dicaj oleh bank sebanyak USD5.00.

Pembayaran telah selesai di akaun Public Bank yang mengambil tempoh 4 hari kerja. Saya juga telah dihubungi oleh pihak bank cawangan akaun dibuka, mereka meminta saya emelkan resit pembayaran oleh Google Asia Pacific Pte. Ltd.

Bila mula AdSense?

AdSense mula digunakan di blog ini pada Mei 2015, sejak 10 bulan yang lepas ketika AdSense mula menyokong kandungan blog dalam Bahasa Melayu.

Baca artikel: Google AdSense kini menyokong kandungan Bahasa Melayu

Bagaimana dengan trafik web?

Trafik web telah meningkat sejak kebelakangan ini, bukan lagi seperti 10 bulan lepas. Jadi tempoh berikutnya untuk terima wang AdSense ke-2 tidak ambil masa lama, cuma perlukan 4 bulan. Maknanya 3 kali setahun. Bolehlah ia digunakan untuk tampung kos tahunan hosting dengan Exabytes Network, domain dan WP Rocket. Blog ini kira dah boleh sara dirinya sendirilah kan, jadi tidak perlu keluarkan duit poket untuk bantu.

Baca juga artikel berikut jika anda menguruskan blog:

Kelajuan Web Optimum

Guna AdSense sahaja?

Buat masa ini memang menggunakan iklan AdSense sahaja. Pernah sekali hubungi pihak Infolinks untuk guna iklan mereka, tetapi mereka memberi jawapan tidak sokong kandungan blog selain English dan Spanish. Iklan lain boleh cuba Innity tetapi perlu tunggu kehadiran pelawat blog cecah paras 40,000 orang minimum dan 200,000 halaman dilihat untuk sebulan.

Trafik blog buat masa ini baru berada di paras 12,000 orang pelawat dan 30,000 halaman dilihat untuk tempoh sebulan.

Kesimpulan

Sebagai penerbit kepada iklan AdSense, hendaklah jaga akaun AdSense dengan baik tanpa lakukan perkara-perkara larangan yang menyebabkan akaun dibatalkan. Terbitkan lagi artikel bermutu bagi menarik ramai pengunjung, itu sahaja.

Kandungan Lain

Kandungan Lain

Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
Laman web rujukan kaki travel

6 Komen

Baca Polisi Komen

Komen anda sangat dialu-alukan pada blog ini tetapi admin telah menetapkan piawaian dalam meluluskan komen. Komen tidak diluluskan jika terdapat perkara-perkara yang disebutkan di bawah ini:

  1. Komen adalah spam.
  2. Beriklan di ruangan komen.
  3. Mengandungi bahasa kesat dan tidak sopan.
  4. Komen tidak berkaitan topik artikel.
  5. Mengandungi singkatan perkataan.
  6. Kesalahan tatabahasa seperti perkataan bermula dengan huruf kecil di awal ayat, ejaan kata nama khas tidak dimulakan dengan huruf besar dan penggunaan elipsis sesuka hati.

Polisi ini adalah tertakluk kepada perubahan pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

Klik di sini untuk kirim komen

  • Tahniah tuan.
    Bagaimana saya boleh dapatkan tunjuk ajar atau maklumat tambahan mengenai perkara ini. Saya juga ada blog peribadi namun gagal mendapat tumpuan. Mohon pencerahan tuan, terima kasih.

    • Terima kasih Tuan Zaremi,
      Soalan tuan ini umum yang biasa ditanya dan saya tidak ada tips khusus. Kalau kita lihat panduan yang ditulis oleh Tim AdSense sendiripun, untuk naikkan revenue, kena tingkatkan engagement. Engagement pembaca terhadap blog dipengaruhi oleh pelbagai faktor dan minat pembaca juga terhadap sesuatu topik. Blog saya ini setelah saya semak Google Analytics pelawat memberi interaksi yang cukup banyak pada topik travel, tutorial dan IT. Lagi satu perkara pembaca sukakan Facebook Instant Articles, sebab ia cepat dan interaksi di Facebook juga baik, yang ini tiada kaitan dengan AdSense.

  • Tahniah tuan Adi Azudin. Target saya untuk blog saya dapat cashout hujung tahun ni, almaklumlah baru dapat akaun Google AdSense bulan November lepas.. hehe.. yang penting target kene ada.. haha

%d bloggers like this: