Buffet Ramadhan Asam Pedas di Swiss-Garden KL

[mks_dropcap style=”square” size=”52″ bg_color=”#b4263c” txt_color=”#ffffff”]A[/mks_dropcap]sam Pedas adalah juadah masam pedas yang sangat dikenali di Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Ia antara makanan tradisi Melayu dan juga Minangkabau. Selain Asam Pedas, terdapat pilihan lebih daripada 100 juadah yang disediakan segar seperti kerabu dan salad, sup, makanan pedas, pencuci mulut dan minuman yang beraneka pilihan. Semua ini disediakan dengan kualiti terbaik daripada pasukan kulinari Swiss-Garden.

Kembali lagi tahun ini antara menu utama atas permintaan ramai ialah Kambing Bakar dan Itik Panggang. Sesiapa yang berhajat untuk merasainya bolehlah berkunjung ke Swiss-Garden.

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Kambing Bakar
Kambing Bakar
Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Itik Panggang
Itik Panggang

“Menu tradisional Melayu seperti Asam Pedas Melaka, Rendang Kambing Tok, Tempoyak Ikan Patin, Laksa Buyong dan beberapa pilihan lain menanti anda.”

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Gulai Lemak
Masak Lemak
Buffet Ramadhan Swiss Garden - Rendang Tok
Rendang Tok

Semasa majlis berbuka puasa nanti, anda boleh lihat sendiri chef menyediakan makanan laut segar seperti Ikan Siakap Bakar, Ikan Pari Bakar, Tiram dan beberapa pilihan mi seperti Mi Udang, Mi Rebus dan Laksa Kelantan.

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Ikan Bakar
Ikan Bakar
Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Lemang Ketupat
Lemang & Ketupat

Akhir sekali, makanan pencuci mulut seperti Bubur Cha-cha Nyonya Melaka, Serawa Durian, Kuih-muih Nyonya, Pengat Pisang dan beberapa lagi.

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Pencuci Mulut
Pencuci Mulut
Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Kurma & Kuih Muih
Kuih-muih

Tentang Chef

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Chef Othman

Chef Othman Abu Baker

Chef Eksekutif

Chef Othman mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang masakan dan 18 tahun dalam industri hospitaliti. Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting di restoran hotel bertaraf 5 bintang.

Sentuhan masakan beliau memiliki pengaruh klasik dan moden manakala gaya masakannya cenderung ke arah gaya Eropah dan Tradisional Melayu. Beliau menyifatkan kejayaan masakannya adalah hasil kerja keras, semangat dan turut memberi inspirasi kepada orang lain serta pasukan masakan di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur. Salah satu juadah signature beliau yang boleh anda cuba ketika Buffet Ramadhan nanti ialah Rendang Tok.

Flavors Restaurant

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Flavors Restaurant
Flavors Restaurant

Terletak di tingkat 1 dimana Buffet Ramadhan ini diadakan. Flavors Restaurant beroperasi pada setiap hari dari jam 6:30 pagi hingga 11 malam.

  • Sarapan Pagi: 6:30 pagi – 10:30 pagi
  • Makan Tengahari: 12 tengahari – 2:30 petang
  • Buffet Ramadhan: 6:30 petang – 10 malam

Lokasi Hotel

Lokasi hotel amat mudah diakses melalui semua jenis pengangkutan, sama ada dengan tren, memandu ataupun berjalan kaki. Ianya 75km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 1 jam melalui jalan raya ataupun boleh hindari kesesakan jalanraya dengan menaiki LRT / Monorail, kemudian turun di Stesen Hang Tuah.

Tempahan

Buffet Ramadhan ini berharga RM118 Dewasa dan RM59 Kanak-kanak. Majlis bermula pada pukul 6:30 petang sehingga 10 malam dari 6 Jun sehingga 5 Julai 2016. Tempahan awal bermula dari sekarang sehingga 5 Jun ini dan nikmati diskaun 30%.

Untuk tempahan boleh hubungi +603-2785 1111 ext 1190 atau tempah online melalui banner di atas ataupun emel terus kepada ashvini.munusamy@shrkl.swissgarden.com atau flavors@shrkl.swissgarden.com.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.