Cara Buat 2 Akaun WhatsApp

Jikalau anda lihat seseorang itu menggunakan 2 WhatsApp di dalam 2 telefon bimbit adalah biasa dilihat. Saya juga menggunakan 2 WhatsApp, tetapi di dalam telefon bimbit yang sama. Fungsi “multi-user” yang terdapat pada Android 5.0 Lollipop menjadikan perkara ini dapat dibuat dengan mudah. Saya adalah pengguna telefon bimbit Nexus 5.

Gunakan Multi-user OS

Multi-user OS hanya terdapat pada sistem operasi Android (Android 5.0 Lollipop dan ke atas). Buat masa ini belum ada pada iOS.

Multi-user Android
Akaun Multi-user hanya terdapat pada peranti Stock Android sahaja

Install WhatsApp

Multi-user berfungsi sepenuhnya pada setiap akaun dan menggunakan email berbeza. Oleh sebab itu, penggunaan multi-user memberi sangat kemudahan jikalau memiliki lebih daripada 1 akaun Google.

Baiklah, kembali kepada topik WhatsApp. Install WhatsApp seperti biasa pada akaun kedua, kemudian setup seperti biasa sehingga selesai.

Langkah-langkah

  1. Tambah user baru dengan klik Add user pada paparan user.
  2. Pastikan anda telah ada email untuk akaun ke-2. Sama seperti akaun anda yang pertama, ID user adalah wajib untuk Google kenalpasti anda adalah pengguna baru.

  3. Setelah semua perkara asas selesai iaitu setup email dan sebagainya, bolehlah install aplikasi WhatsApp.
  4. Anda juga dikehendaki memiliki nombor bimbit yang ke-2 untuk tujuan pengesahan semasa setup WhatsApp. Saya guna nombor bimbit ke-2 yang telah didaftarkan dengan Yes4G. Nombor ini bolehlah digunakan untuk perniagaan, jadi tiadalah gangguan mesej masuk ke akaun utama.

  5. Jalankan WhatsApp.
  6. Semasa proses pengesahan nombor. Masukkan nombor bimbit ke-2 anda.
  7. Sejurus kemudian, paparan skrin meminta anda tunggu kod pengesahan dihantar ke telefon anda atau tunggu 5 minit untuk masukkan kod secara manual.
  8. Ketika masa menunggu sila semak sms yang dihantar oleh pihak WhatsApp. Jika guna Yes4G seperti saya, sila buka Yes Life untuk semak sms anda.
  9. Masukkan kod berkenaan dan selesai.

Kelebihan Multi-user ini membolehkan anda install aplikasi lain juga. Pada artikel ini saya membuat contoh terhadap WhatsApp, anda boleh explore sendiri yang lain. 🙂

Penggunaan

  • Saya buat percubaan di bawah untuk hantar mesej WhatsApp ke akaun ke-2 yang saya namakan Adi Studios.
Multi-user Android
Percubaan hantar mesej ke akaun ke-2
  • Switching to Adi Studios.
  • Lihat paparan skrin di bawah.

Hanya swipe dari atas kebawah untuk munculkan notification bar, klik pada gambar user untuk membuat pilihan akaun yang hendak diaktifkan.

Multi-user Android
Akses akaun ke-2 untuk lihat mesej yang diterima

Jika mahu seperti ini, boleh dicuba pada telefon Android masing-masing. Mudah untuk digunakan hanya pada 1 telefon sahaja!

Artikel ini tiada kaitan dengan aplikasi OG WhatsApp, segala soalan yang berkaitan OG WhatsApp adalah tidak relevan.

24 Balasan untuk “Cara Buat 2 Akaun WhatsApp”

  1. Assalamualaikum tuan, perkongsian yang baik.
    Saya adalah pengguna OnePlus 3T, boleh buat multiple-user cuma, kenapa apabila sudah buat akaun yang kedua, ia tidak boleh switch dengan mudah seperti tuan punya kat atas ni. Jika nak ke akaun 1, saya kena delete akaun ke-2, bila nak ke akaun ke-2, kena install email dan password sekali lagi.

  2. Assalamualaikum tuan. Maaf saya kurang arif. Saya sudahpun buat akaun kedua Google. Bagaimanakah cara untuk saya add user? Saya pengguna Samsung Note 5.

  3. Assalam tuan.
    Saya dah berjaya install WhatsApp yang kedua dalam phone saya. Macam mana nak setting notification kalau ada mesej yang masuk dalam akaun yang satu lagi tu kalau saya sedang aktif akaun yg pertama. Saya try godeh setting tapi tak berjaya lagi. Mohon tunjuk ajar tuan. Tq

    1. Salam Bonen,
      Terima kasih kerana telah membaca artikel ini dan berjaya mencubanya. Berkenaan notifikasi memang tidak dapat diterima ketika kita sedang aktif salah satu daripada akaun, saya pun sama. Jadi, cara saya ialah akaun kedua akan saya balas apabila senang, jadi pelanggan kena tunggu saya senang untuk mesej mereka dibalas, selalunya 3 kali sehari saya buka, hanya pada hari bekerja – jam 8 pagi sekali, waktu lunch sekali dan petang sebelum pukul 6. Saya kurang diganggu jika buat begini.

  4. Salam Adi, saya menggunakan Huawei Honor 7. Saya dah cuba cara di atas tapi xdapat untuk download WhatsApp pada akaun yang berlainan.

  5. Salam encik, saya pengguna Android 5.1. Bolehkah nak install 2 no WhatsApp untuk satu telefon. Saya pengguna Oppa R7 Plus. Saya masih tak faham macam mana nak add user dalam Android tu. Saya perlukan penerangan lebih terperinci, terima kasih. Pertolongan anda sangat-sangat dihargai.

    1. Salam Nieta,
      Jika Google Nexus swipe dari atas ke bawah di bahagian menu sudah nampak fungsi untuk Add User. Jika untuk telefon lain, tolong semak balik adakah boleh add user. Biasanya perkara ini mudah, lihat di Settings jika ada, kalau tiada maknanya UI Oppo yang disable benda ni. Stock Android yang sebenarnya ada.

  6. Bagaimana yea membuat 2 akaun? Saya masih tak faham lagi, adakah saya kena upgrade phone atau pun software? Saya mengunakan phone Asus Zenfone 6.

    1. Ok Halim, terima kasih kerana bertanya. Pertama sekali smartphone yang digunakan wajib pakai OS Android 5.0 ke atas, maknanya Lollipop dan Marshmallow sahaja. Kedua, wajib sokong Multi-user. Smartphone “Google Nexus” memang ada multi-user, untuk jenama lain kena semak dahulu jika ada boleh buat seperti tutorial yang saya tulis di atas.

  7. Salam, saya nak bt 2 WhatsApp dlm 1 phone tetapi sye dah tersalah bt btukar no fon, mcm mne ye? Klau blh cik tingglkn no WhatsApp untk sye brtnye secara detail, urgent!!

  8. Tips yg bagus utk pengguna Lollipop. Untuk android version lain mungkin boleh guna 2-Line for WhatsApp (Root) ataupun Disa (No Root). TQ atas perkongsian.

    1. Cara ini lebih baik daripada menggunakan 2-Line ataupun Disa. Upgrade cepat kepada Lollipop ataupun Marshmallow, sebab itulah saya memilih Nexus, kerana cepat untuk naiktaraf sistem operasi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *