Ruangan pengumuman dikosongkan.

Dapatkan Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5

Kongsikan
Modul Spirit A+ memberikan anda semangat untuk belajar dan panduan yang jelas kerana dimulakan dengan gambaran umum tentang tajuk yang perlu dikuasai dalam setiap bab, kemudian disusuli dengan Nota Spirit A+ yang menerangkan fakta sebagai kata kunci untuk mudah diingat seterusnya huraiannya (termasuk contoh) yang relevan.

Buku ini wajib dibeli kerana ia dimuatkan dengan nota yang padat dan membantu pelajar mengingati fakta-fakta dan flow dengan menggunakan kata kunci tanpa bersusah payah membaca setiap perenggan untuk mencari kata kunci seperti yang terdapat di dalam buku rujukan lain.

Kelebihan buku ini

Reka bentuk kulit buku Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5
  • Buku ini digubal untuk memudahkan pembelajaran.
  • Buku ini lengkap dengan nota, soalan KBAT dan latihan.
  • Buku ini menyediakan skema jawapan.
  • Huraian jawapan dalam bentuk poin yang lebih mudah untuk rujukan.
  • Buku ini digubal mengikut format SPM.

Mencari sumber bacaan yang tepat?

Apa yang paling pasti setiap pelajar mahukan kecemerlangan dalam peperiksaan. Kunci utama ialah cara belajar yang betul dan sumber bacaan yang bertepatan.

Perancangan yang jitu bermula dengan bahan bacaan yang terarah, relevan dan bermutu.

Dr. Ahmad Rafaai bin Ayudin

Nota yang terdapat dalam Modul ini adalah lengkap bagi setiap bab mengikut urutan yang terdapat dalam buku teks.

Kandungan Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5

Bukan itu sahaja, buku ini juga berintegrasi dengan soalan-soalan menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi yang membabitkan aplikasi, analisis dan penilaian. Nota KBAT secara khusus disediakan menggunakan isu-isu semasa yang terkini dan relevan. Anda akan memperoleh panduan dalam menjawab soalan sebagaimana yang dikehendaki dalam kertas peperiksaan SPM (1249). Apa yang lebih mustahak, banyak set latihan disediakan yang meliputi Latihan Kendiri Kertas 1, 2 dan 3 serta Soalan-soalan Peperiksaan mengikut format SPM.

Contoh isi Nota KBAT Sejarah Tingkatan 5

Selain daripada itu, analisis soalan-soalan yang pernah keluar 5 tahun kebelakangan dan jangkaan soalan penting pada tahun 2016 juga dicadangkan.

Pendek kata, anda pasti tersenyum memiliki Modul berharga ini sesuai dengan wang yang telah anda laburkan. Apatah lagi soalan-soalan yang pernah keluar dalam peperiksaan turut disertakan.

Pelajar juga tidak perlu risau, semua latihan dan soalan yang dikemukakan disediakan skema yang lengkap malahan terdapat juga nota kaki untuk memudahkan rujukan ketika membuat analisis setiap soalan.

Biar alah membeli menang memakai kata orang, anda tidak rugi. Segala tips telah dibekalkan dalam Modul ini, tinggal bagaimana anda memanfaatkannya untuk mendapat keputusan cemerlang.

Ilmu itu tidak pernah rugi dengan wang yang dilaburkan.


Panel penulis

Ahmad Rafaai Ayudin

Ahmad Rafaai Ayudin

Dr. Ahmad Rafaai Ayudin adalah anak kelahiran Lenggong, Perak. Memiliki sarjana dan ijazah kedoktoran dalam bidang pendidikan Sejarah. Mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa kertas Sejarah dan instruktur KBAT. Kini berkhidmat di Institut Aminuddin Baki (IAB) Cawangan Sarawak.


Abdul Razaq Ahmad

Abdul Razaq Ahmad

Prof. Madya Dato’ Dr. Abdul Razaq Ahmad merupakan bekas guru di Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR) Ipoh, Perak yang berpengalaman luas dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah. Kini bertugas sebagai Pensyarah di Jabatan Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.


Zuraini Husain

Zuraini Husain

Zuraini Husain berasal dari Kok Lanas, Kelantan. Menceburi bidang perguruan sejak tahun 1997 bermula di Kuala Kubu Bharu. Sekarang berkhidmat di SMKA Tun Ahmad Zaidi, Kuching sebagai guru Sejarah. Mempunyai pengalaman sebagai pemeriksa Sejarah sejak tahun 2012.


Tempahan Buku

Harga bagi senaskhah buku ini ialah RM30 dan kos penghantaran RM10 untuk Semenanjung Malaysia dan RM16 Sabah atau Sarawak.

Jika berminat boleh buat pembayaran di akaun Maybank 512-026-641-105 (Wardah Ilhamku Enterprise). Selepas pembayaran, sila sertakan bukti resit atau transaksi online kepada Danial (017-6561765) atau Dalilah (017-3213864).

Kehabisan stok!

Buku ini telah kehabisan stok dan tiada ulangan cetak buat masa ini.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

2 Respon

  1. Musjahida berkata:

    Salam, saya guru Sejarah dari SMK Setia Alam ingin mendapatkan buku ini dari pihak tuan. Boleh beri maklumat lanjut kepada saya mengenai harga buku dan cara untuk saya mendapatkannya, terima kasih.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!