Diskaun 50% Tambang LRT Pada Awal Pagi

Prasarana Malaysia Berhad telah membuat pengumuman diskaun 50 peratus bagi tambang LRT dan Monorel yang menggunakan perkhidmatan ini seawal jam 6 pagi hingga 7 pagi pada hari bekerja bermula 16 September 2016 sehingga diberitahu kelak.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz berkata tambang diskaun 50 peratus akan ditawarkan kepada semua pelanggan yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai iaitu menggunakan kad prabayar Touch ‘n Go, Kad MyRapid, MyRapid Smart 7 dan MyRapid Smart 30. Bagi warga emas, pelajar dan orang kelainan upaya dengan pemegang kad konsesi akan menikmati kadar diskaun dari harga semasa.

Dato’ Azmi Abdul Aziz berkata lagi dengan tawaran diskaun 50 peratus ini beliau berharap dapat menggalakkan sebahagian pengguna yang menggunakan perkhidmatan pada waktu puncak (7 hingga 9 pagi) untuk menukar corak perjalanan mereka dengan memulakan perjalanan dengan lebih awal agar kesesakan waktu puncak di beberapa stesen dapat dikurangkan.

Diskaun Tambang LRT - Kesesakan Stesen Chan Sow Lin
Suasana sesak ketika waktu puncak di Stesen Chan Sow Lin
Imej: Harian Metro

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.myrapid.com.my, emel suggest@rapidkl.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan 03-78852585.

Sumber: MYrapid

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *