Ruangan pengumuman dikosongkan.

Menjalankan dua WhatsApp pada satu peranti

Kongsikan
Bagi menjalankan dua WhatsApp pada satu peranti, dikehendaki menggunakan Stock Android kerana terdapat fungsi multi-user.

Fungsi multi-user yang telah ada sekian lama pada sistem operasi Stock Android iaitu sejak Android versi 5 lagi (Lollipop) adalah satu kelebihan besar yang jarang dimanfaatkan oleh pengguna.

Ia boleh diibaratkan seperti anda membahagikan peranti kepada dua bahagian, akaun pertama dan akaun kedua. Kedua-duanya berfungsi penuh mengawal peranti.

Jadi, apabila anda faham konsep ini, manfaatkannya sebaik mungkin. Saya mahu istilahkan sebagai akaun pertama dan akaun kedua, selepas ini apabila saya sebut akaun pertama bermakna pengguna pertama dan begitu juga bagi pengguna kedua.

Akaun pertama dan akaun kedua boleh jadi pengguna berasingan, tidak semestinya anda seorang sahaja. Sebagai contoh akaun kedua dibuat untuk anak bermain game, apabila berada di rumah, anak meminta untuk bermain telefon, anda serahkan pada anak dengan mengaktifkan akaun kedua kerana tidak mahu mengganggu akaun pertama.

Menggunakan dua @WhatsApp pada satu telefon adalah memudahkan bagi yang aktif dua nombor mudah alih.

Jalankan aplikasi WhatsApp di kedua-dua akaun

Teks di sini.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

24 Respon

  1. Muhd Alif Fikri berkata:

    Salam, kalau nak masuk akaun ke-2, mesej-mesej penting di akaun pertama hilang tak?

  2. Rahmand berkata:

    Assalamualaikum tuan, perkongsian yang baik.
    Saya adalah pengguna OnePlus 3T, boleh buat multiple-user cuma, kenapa apabila sudah buat akaun yang kedua, ia tidak boleh switch dengan mudah seperti tuan punya kat atas ni. Jika nak ke akaun 1, saya kena delete akaun ke-2, bila nak ke akaun ke-2, kena install email dan password sekali lagi.

  3. Jas berkata:

    Assalamualaikum tuan. Maaf saya kurang arif. Saya sudahpun buat akaun kedua Google. Bagaimanakah cara untuk saya add user? Saya pengguna Samsung Note 5.

  4. Bonen berkata:

    Assalam tuan.
    Saya dah berjaya install WhatsApp yang kedua dalam phone saya. Macam mana nak setting notification kalau ada mesej yang masuk dalam akaun yang satu lagi tu kalau saya sedang aktif akaun yg pertama. Saya try godeh setting tapi tak berjaya lagi. Mohon tunjuk ajar tuan. Tq

    • Adi Azudin berkata:

      Salam Bonen,
      Terima kasih kerana telah membaca artikel ini dan berjaya mencubanya. Berkenaan notifikasi memang tidak dapat diterima ketika kita sedang aktif salah satu daripada akaun, saya pun sama. Jadi, cara saya ialah akaun kedua akan saya balas apabila senang, jadi pelanggan kena tunggu saya senang untuk mesej mereka dibalas, selalunya 3 kali sehari saya buka, hanya pada hari bekerja – jam 8 pagi sekali, waktu lunch sekali dan petang sebelum pukul 6. Saya kurang diganggu jika buat begini.

  5. Mizi berkata:

    Salam Adi, saya menggunakan Huawei Honor 7. Saya dah cuba cara di atas tapi xdapat untuk download WhatsApp pada akaun yang berlainan.

  6. Nieta berkata:

    Salam encik, saya pengguna Android 5.1. Bolehkah nak install 2 no WhatsApp untuk satu telefon. Saya pengguna Oppa R7 Plus. Saya masih tak faham macam mana nak add user dalam Android tu. Saya perlukan penerangan lebih terperinci, terima kasih. Pertolongan anda sangat-sangat dihargai.

    • Adi Azudin berkata:

      Salam Nieta,
      Jika Google Nexus swipe dari atas ke bawah di bahagian menu sudah nampak fungsi untuk Add User. Jika untuk telefon lain, tolong semak balik adakah boleh add user. Biasanya perkara ini mudah, lihat di Settings jika ada, kalau tiada maknanya UI Oppo yang disable benda ni. Stock Android yang sebenarnya ada.

  7. Halim berkata:

    Bagaimana yea membuat 2 akaun? Saya masih tak faham lagi, adakah saya kena upgrade phone atau pun software? Saya mengunakan phone Asus Zenfone 6.

    • Adi Azudin berkata:

      Ok Halim, terima kasih kerana bertanya. Pertama sekali smartphone yang digunakan wajib pakai OS Android 5.0 ke atas, maknanya Lollipop dan Marshmallow sahaja. Kedua, wajib sokong Multi-user. Smartphone “Google Nexus” memang ada multi-user, untuk jenama lain kena semak dahulu jika ada boleh buat seperti tutorial yang saya tulis di atas.

  8. Atira berkata:

    Salam, saya nak bt 2 WhatsApp dlm 1 phone tetapi sye dah tersalah bt btukar no fon, mcm mne ye? Klau blh cik tingglkn no WhatsApp untk sye brtnye secara detail, urgent!!

  9. Sangat bermanfaat. Terima kasih.

  10. Hafiz berkata:

    Tips yg bagus utk pengguna Lollipop. Untuk android version lain mungkin boleh guna 2-Line for WhatsApp (Root) ataupun Disa (No Root). TQ atas perkongsian.

    • Adi Azudin berkata:

      Cara ini lebih baik daripada menggunakan 2-Line ataupun Disa. Upgrade cepat kepada Lollipop ataupun Marshmallow, sebab itulah saya memilih Nexus, kerana cepat untuk naiktaraf sistem operasi.

  11. mrhanafi berkata:

    Mahu tidak mahu 2 akaun wassap amat penting untuk kegunaan peribadi dan kerja, idea yang menarik.. terima kasih bro kerana sudi berkongsi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.