Grab Kini Mengembangkan Operasi GrabCar di Melaka dan Kota Kinabalu

Perkhidmatan GrabCar di dua buah bandaraya ini iaitu Melaka dan Kota Kinabalu dilancarkan berdasarkan faktor kepesatan atau tarikan pelancong yang datang. Bandaraya Melaka telah diwartakan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia yang dikenali menerusi nilai-nilai tradisional dan budayanya. Manakala Kota Kinabalu pula merupakan salah satu destinasi tarikan pelancong dengan kecantikan alam semulajadi, ditambah pula dengan peluang ekonomi yang terdapat di kedua-dua lokasi ini. Oleh itu, Grab mengambil peluang bagi menampung perkhidmatan kereta sewa di sini.

“GrabCar kini beroperasi di 5 buah bandaraya iaitu Lembah Klang, Johor Bahru, Pulau Pinang, Melaka dan Kota Kinabalu.”

Waiting GrabCar
Ramai pengguna memilih GrabCar berbanding teksi

“Grab sudah berada di bandar-bandar ini ketika memulakan perkhidmatan MyTeksi, oleh itu GrabCar bertujuan bagi melengkapkan perkhidmatan teksi sedia ada dengan menawarkan pilihan pengangkutan alternatif yang mudah dan mampu milik di lokasi-lokasi pelancongan yang padat dengan penduduk di mana pengangkutan, lalu lintas dan tempat letak kenderaan sering menjadi isu.” Kata Jaygan Fu, Ketua Grab Malaysia

Untuk maklumat lanjut berkaitan GrabCar, boleh klik di sini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *