IKEA Cheras Kini Dibuka

Pembukaan IKEA Cheras

Saya tidak pergi ke pembukaan IKEA Cheras semalam, saya dah agak pasti ramai orang yang sanggup pergi semata-mata jualan murah dan beberapa acara yang dibuat semasa pembukaan. Jadi, saya pergi hari ini 20 November 2015, adalah sedikit barang yang dibeli sambil makan-makan di restoran baru. 😀

Lokasi IKEA Cheras di Jalan Cochrane, lalu sahaja di jalan berkenaan pasti nampak bangunan besar warna biru dengan logo IKEA, itu trademark yang sudah terkenal. Lokasinya cukup strategik, paling hampir dengan MRT Cochrane dan Sunway Velocity (akan datang). LRT Maluri atau Chan Sow Lin juga tidak jauh untuk ke sini.

IKEA dibuka setiap hari dari 9:30 pagi hingga 11:00 malam. Tahukah anda bahawa IKEA Cheras saiznya 20 peratus lebih luas daripada IKEA Damansara.

Panorama Luar - IKEA Cheras
Bahagian luar masih terdapat kerja-kerja pembinaan yang sedang dilakukan
Pic 1 - IKEA Cheras
Orang ramai yang hadir pada hari ke-2 IKEA Cheras beroperasi
Panorama Pokok - IKEA Cheras
Bahagian pokok dan perabot luar rumah
Pic 25 - IKEA Cheras
Harga promosi Skreia Chest RM39

IKEA Restaurant

Pic 33 - IKEA Cheras
Restoran IKEA yang semestinya menjadi tumpuan
Pic 35 - IKEA Cheras
Suasana pengunjung yang sedang menikmati makanan di sini
Pic 36 - IKEA Cheras
Tangga utama di pintu masuk

Promosi Pembukaan

Promosi pembukaan masih berlangsung sekarang selama 4 hari sehingga Ahad, 22 Nov. Lihat Facebook Page IKEA Malaysia untuk mengetahui sebarang kemaskini terbaru.

Iklan pembukaan IKEA Cheras

Mari luangkan masa hujung minggu ini di IKEA Cheras!

5 Balasan untuk “IKEA Cheras Kini Dibuka”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *