Jom Berbuka Puasa di The Living Room Hotel Westin Kuala Lumpur

Aneka jenis juadah sentiasa menanti pengunjung untuk berbuka bersama The Westin KL. Masakan tempatan yang mewakili 14 negeri di Malaysia semestinya menjadi kegemaran keluarga tetapi bukan itu sahaja terdapat juga masakan dari seluruh dunia dilengkapi dengan hidangan antarabangsa moden dan chef memasak terus buat anda secara langsung.

Jom! Berbuka Puasa Buffet

Jom Berbuka Puasa di Westin KL Featured

Berbuka puasa dengan penuh kenikmatan kerana pilihan juadahnya sangat beraneka bermula daripada pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut yang lazat semuanya lebih daripada 50 hidangan menarik diletakkan di atas meja buffet di ruang utama The Living Room.

Juadah berbuka puasa The Westin KL

Anda boleh rasai menu seperti Ayam Bakar Percik Sri Kelantan, Ikan Patin Asam Tempoyak, menu istimewa Beriani Westin dengan Kambing Bakar dan banyak lagi! Juadah utama yang paling mendapat perhatian ialah Nasi Kandar Utara Mai dengan pilihan Keting Kambing Kandar, Daging Kandar, Ayam Kandar dan Sos Hitam (Kambing, Ayam dan Daging yang dimasak bersama campuran pelbagai rempah ratus). Tidak dilupakan juga sentuhan terakhir manisan pencuci mulut termasuklah pilihan kuih-muih tradisional Melayu.

Harga

Harga bagi Buffet Ramadhan 2017 di Hotel Westin KL ialah RM158 bersih seorang.

Tempoh

Buffet Ramadhan ini bermula dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017 dari pukul 7 hingga 10 malam.

Diskaun

  • Ahli Beyond Dining dan SPG layak menerima diskaun sebanyak 20% terhadap promosi makanan
  • Pemegang kad bank utama juga layak menerima diskaun 20% terhadap promosi makanan restoran
  • Kanak-kanak 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA
  • Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun mendapat potongan harga 50%

The Living Room

The Living Room adalah dewan makan yang boleh memuatkan sehingga 300 tetamu pada satu-satu masa. Rekaan dewan ini yang luas serta berkonsep moden kontemporari menjanjikan keselesaan kepada semua tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Untuk tempahan Buffet Ramadhan, sila hubungi 03-2731 8338 atau layari laman web Westin Dining.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hotel Westin KL, boleh layari laman web The Westin KL dan ikuti juga di media sosial untuk berita terkini Facebook, Twitter dan Instagram.

Selamat berbuka puasa!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *