Karma Drone oleh GoPro diumumkan

Karma Drone

GoPro akhirnya mendedahkan drone ciptaan mereka dikenali sebagai Karma. Ianya lebih daripada sekadar sebuah drone menurut CEO Nick Woodman. Ia boleh dilipat, mudah digunakan dan penstabilan imej yang boleh ditanggalkan untuk digunakan bersama aksesori lain, kesemua ini dilengkapi dalam satu pakej.

Baru sahaja diumumkan pagi tadi, Karma adalah pelengkap bagi GoPro dan ia boleh digunakan bersama Hero 5 Black, Hero 5 Session dan model Hero 4 sebelum ini.

Karma Drone bersama Hero 5 Black
Inilah Karma Drone yang dikeluarkan oleh GoPro, ia menyokong kamera Hero 5 Black, Hero 5 Session dan model terdahulu Hero 4
GoPro
Karma Drone sebelum pasang
Rupa Karma sebelum dipasang dengan sempurna, kesemua bahagian boleh ditanggalkan hanya tinggal badan utama sahaja
GoPro
Karma Drone yang boleh dilipat
Karma boleh dilipat dan disimpan di dalam Karma Case supaya mudah dan selamat untuk anda bawa
GoPro

Gabungan penstabilan imej terbina dalam memberi keupayaan kepada pengguna untuk hasilkan rakaman yang lancar dan stabil yang belum pernah terhasil sebelum ini. Selain itu juga, penstabilan yang boleh ditanggalkan pada bila-bila masa yang digunakan bersama Karma Grip membolehkan ia dipasangkan pada topi, basikal, kereta, motosikal ataupun pada diri anda sendiri mengikut situasi aktiviti yang dilakukan.

Karma Drone - Ini ialah Karma Grip
Karma Grip dengan fungsi penstabilan imej memudahkan anda pegang ketika rekod video
GoPro
Karma Drone - Ini ialah Karma Controller
Karma Controller ialah pusat kawalan yang mengawal pergerakan drone di udara
GoPro

Lawati: GoPro Official Website

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *