Ruangan pengumuman dikosongkan.

Pengecilan saiz imej dengan TinyPNG untuk kegunaan web

Kongsikan
Jika anda mengurus sesebuah laman web, penggunaan imej amat dititikberatkan dari segi kualiti dan juga saiz fail. Imej yang optimize dengan saiz kecil dapat dibuka pada pelayar web dengan lebih cepat dan ianya turut menjimatkan bandwidth.

Terdapat dua jenis format yang sering digunakan iaitu JPG dan PNG. Format PNG adalah sangat berguna kerana ia satu-satunya format yang boleh menyimpan imej “transparent” dan disokong secara meluas dalam aplikasi dan juga web. Saya mahu kongsikan satu cara paling mudah untuk kecilkan saiz imej tanpa perlu install sebarang aplikasi, boleh layari laman web tinypng.com untuk gunakan tools yang disediakan.

Anda hanya perlu memuat naik imej yang hendak dikecilkan (saiz satu imej tidak boleh melebihi 5MB), ia akan terus diproses dan boleh muat turun imej tersebut dalam versi yang telah dimampatkan, yang mana saiznya berjaya dikurangkan sebanyak 50 hingga 70 peratus daripada saiz asal.

TinyPNG
TinyPNG sedang kecilkan imej, boleh lakukan 20 imej untuk sekali upload
Penggunaan imej yang jelas pada kualiti dan saiz yang optimum adalah salah satu amalan terbaik dalam pengurusan web.

Portable Network Graphics

PNG ialah format fail raster-graphics yang menyokong pemampatan tanpa kehilangan data.

Baca: Kelajuan web yang optimum amat penting

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.