Ruangan pengumuman dikosongkan.

Penyiaran maklumat menggunakan saluran Telegram

Kongsikan
Saluran Telegram adalah penyelesaian buat anda yang mahu menyebarkan mesej kepada khalayak ramai, kerana keahlian adalah tanpa had.

Artikel ini sedang disusun semula, apa yang anda dapat lihat ketika ini adalah sebahagian sahaja.

Kelebihan Telegram Channel

  • Keahlian untuk channel adalah tiada had (unlimited).
  • Ahli yang baru sertai dapat lihat kesemua post yang terdapat di dalam channel sejak awal. Maksudnya boleh scroll post terdahulu.
  • Hanya creator dan admin sahaja boleh buat post di dalam channel.
  • Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
  • Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja. Tiada fungsi chat kerana ini bukan group.
  • Jika sesuatu post dibuang, ianya terhapus untuk semua ahli.
  • Jumlah views bagi setiap mesej dipaparkan di bahagian bawah penjuru kanan bersebelahan masa mesej dihantar.

Kerahsiaan senarai ahli

Senarai ahli di saluran Telegram tiada sesiapa yang tahu melainkan pentadbir (admin) sahaja. Perkara ini adalah bagus kerana tiada kecurian ahli dapat dibuat sepertimana berlaku di dalam Group Chat.

Baca: Broadcasting Done Right

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

17 Respon

  1. Azmi AR berkata:

    Saya dah buat channel Telegram, tetapi tidak tahu macam mana untuk copy link channel saya? Bagaimana untuk promosi group itu kepada rakan-rakan untuk membolehkan mereka join? Sebab saya dah add banyak rakan tetapi mereka tidak terima pun. Tolong bagi pencerahan, terima kasih.

  2. Halimah berkata:

    Bagaimana hendak hubungi admin channel sebagai contoh mahu order barang yang ditunjukkn di dalam channel, terima kasih.

    • Adi Azudin berkata:

      Hubungi di luar Channel. Sebelum puan join sesebuah Channel, semestinya puan tahu siapa pentadbir Channel berkenaan, sama seperti Channel milik saya khas untuk pengikut blog, jadi mereka tahu untuk hubungi saya mestilah melalui ruang pertanyaan di blog.

  3. Andri Wiyasa berkata:

    Terima kasih atas informasinya. Saya Andri Wiyasa dari Indonesia. 🙂

  4. Wombo berkata:

    Hai, saya admin Channel, tapi atas saya ada creator. Saya dilantik sebagai admin, tetapi macamana saya hendak add member baru? Adakah hanya creator sahaja yang boleh masukkan orang baru ke dalam Channel?

  5. Lara berkata:

    Minta penjelasan macam mana saya nak setting tele channel ni agar semua yang join boleh chat sama? Private to public?

  6. Nurul Hidayah berkata:

    Saya nak tanya kenapa saya tak boleh pm org ye di Telegram. Apakah masalahnya dan macam mana nak selesaikannya? Kena orang pm sy baru saya boleh pm org.

  7. Anis berkata:

    Nak tanya kenapa ya gambar kat Telegram tak loading2… ada penyelesaian tak?

  8. Hafii berkata:

    Kalau private channel , public boleh baca ke post kita?

  9. Syahirah berkata:

    Tuan,
    Boleh saya bertanya? Kenapa ye saya tidak boleh hantar gambar dalam Channel Telegram?
    Mohon penjelasan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.