Ruangan pengumuman dikosongkan.

Permainan Pokemon Go hangat kembali selepas kemaskini baharu

Kongsikan
Selepas kemaskini baharu beberapa hari lepas, nampaknya permainan Pokemon Go kini kembali hangat. Apakah penambahbaikan yang dibuat oleh Niantic sehinggakan ramai yang ingin bermain semula permainan ini.

Anda masih ingat permainan Pokemon Go yang telah viral sebelum ini? Kini ia kembali hangat setelah ditambah dengan ciri-ciri terbaru.

Pada minggu lepas, Niantic Labs mengeluarkan kemaskini dengan memperkenalkan lebih 80 Pokemon baharu untuk ditangkap oleh pemain permainan ini.

Iklan Pokemon GO di atas menunjukkan kemaskini dengan kemunculan pelbagai watak-watak baharu yang dikatakan sangat ditunggu-tunggu oleh peminat.

Bersama-sama dengan itu, Niantic juga menambah beberapa ciri-ciri lain seperti pemberian buah beri ketika menangkap Pokemon dapat meningkatkan jumlah Candy terhadap watak berkenaan. Antara muka permainan juga dibuat supaya lebih mudah untuk beralih ketika memilih buah beri atau Poké Balls.

Kemaskini terbaru ini nampaknya dapat mengembalikan minat untuk bermain permainan ini sepertimana keterujaan ketika ia mula-mula keluar dahulu. Berdasarkan statistik, Pokemon Go melonjak naik dari kedudukan ke-77 di Google Play pada Jumaat lepas kepada kedudukan ke-3 pada hari Selasa minggu ini.

Manakala di App Store pula, dari kedudukan ke-149 melonjak naik ke kedudukan ke-30 bagi carta permainan percuma.

Adakah permainan ini boleh dikira berjaya untuk kembali ‘panas’ seperti ketika kemuncaknya yang lepas? Mungkin tidak sama, kejayaan Pokemon Go ketika mula-mula keluar adalah amat mengejutkan sekali, hasil kemaskini terbaru ini rasanya cuma mampu membangkitkan perasaan untuk beraksi seketika untuk kembali “catch ’em all.”

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter untuk berhubung.

Adi Azudin

Menulis tutorial sejak 2014 sebagai panduan untuk diri sendiri dan akhirnya berkongsi panduan berkenaan di blog ini.

Panduan lain untuk dibaca

4 Respon

  1. Uncle Zuan berkata:

    Haha haritu terkena balik demam Pokemon Go.

  2. Dedaun Comel berkata:

    Saya memang minat dengan pokemon sejak kecil lagi. Tapi bila mula-mula saya install kat hp, cuma main dalam sebulan je sebab banyak glitch dan senang kena hack. Tapi mungkin lepas update ni ianya lebih menarik, kena install balik ni.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penafian: Beberapa pautan pada blog ini adalah pautan afiliasi. Segala pautan ini adalah tidak memberikan anda sebarang kos tambahan, saya akan mendapat peratusan yang kecil iaitu komisen jika anda membuat pembelian dan saya hanya mengesyorkan produk yang terbaik!