Utama / Servis Advertorial

Servis Advertorial

Servis Advertorial - Featured

Adakah anda mahu jika saya tawarkan servis advertorial? Saya gunakan kemahiran yang saya ada sebagai blogger berpengalaman dalam pengurusan web untuk bantu anda terbitkan artikel berkualiti.

“Piawaian yang saya tetapkan bagi menjaga standard ialah bahan-bahan artikel mestilah berkualiti dan asli.”

Anda kena sedar kuasa sesebuah artikel di blog akan kekal berpanjangan selagi blog dan artikel tersebut wujud dan tidak dipadam, jika menguasai SEO ia akan berada di laman pertama Google dan pastinya menarik trafik ke artikel anda sepanjang masa.

Artikel yang telah dihasilkan itu dapat pula anda boost di Facebook Page untuk rancakkan lagi pemasaran. Saya boleh pastikan artikel anda mesra mobile dengan menggunakan Instant Articles, pengalaman pembaca adalah sangat penting dan saya amat sedar kepentingannya.

Blog Adi Azudin yang saya uruskan selama 3 tahun dikendalikan dengan baik, ianya lancar dan selesa untuk dibaca, dijamin tiada iklan pop-up, tidak memaksa pelawat supaya like Facebook Page, tiada iklan Mobicow yang mengganggu pengguna mobile dan sebagainya.

“Blog popular bukan semestinya blog terbaik. Blog terbaik pula hanya dikendalikan oleh orang yang betul-betul faham pengurusan web yang betul.”

Pemilihan Artikel

Apa sahaja perkara positif diterima untuk advertorial selagi ia bukan berita palsu dan juga produk tiruan.

Ingat perkara ini sampai bila-bila…

“Jangan promosi produk tiruan kerana ia merompak harta intelek orang lain. Tidak baik mengaut untung ke atas produk tiruan.”

Saya juga berminat untuk bekerjasama dengan pemilik hotel dan homestay kerana tidak kurang 30 ribu pageviews sebulan masuk ke artikel travel, waktu yang sangat sesuai untuk lakukan promosi.

Pemilik restoran dan kereta sewa juga ada hubungkaitan dengan dunia travel, saya juga terima pertanyaan seperti – Dimanakah tempat makan terbaik di Langkawi? – sebagai contoh. Boleh cadangkan kereta sewa pada harga berpatutan di Kuching? Persoalan sebegini yang ditanya oleh pembaca saya tidak mahu abaikan, saya mahu tawarkan jalan penyelesaian terhadap masalah mereka. Jadi, servis advertorial merupakan jalan untuk saya bekerjasama dengan pemilik produk dan servis supaya persoalan-persoalan seperti itu terjawab.

Nota: Anda boleh Google keyword “Percutian Langkawi”. Artikel berkenaan di rank pertama Google dan terdapat 240 komen daripada pembaca.

Kesan Kerjasama

Kesan kerjasama ialah pemilik bisnes mungkin dapat jualan atau paling tidak promosi berjaya, manakala blog saya pula dapat trafik yang lebih tinggi dan artikel diterbitkan setiap hari. Win win situation antara saya dan bisnes anda.

Pengurusan Artikel

  • Sebelum artikel diterbitkan kepada umum, saya akan hantar draf untuk anda semak bagi memastikan maklumat adalah benar.
  • Semua gambar-gambar yang anda beri hanya untuk diterbitkan pada artikel sahaja, tiada tujuan lain.
  • Gambar-gambar yang sesuai anda boleh cadangkan kepada saya pada bila-bila masa.
  • Kerja-kerja edit dan reka bentuk saya lakukan sendiri untuk artikel tersebut hanya maklumat yang diperlukan daripada anda.
  • Maklumat disampaikan dengan jujur dan benar, saya sampaikan sebagaimana yang anda mahu.
  • Tiada unsur-unsur negatif pada artikel.

Untuk berhubung dengan saya boleh emel kepada advertorial@adiazudin.com

Saya tunggu emel anda!

Kongsi bersama rakan