Sokongan WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama

Sokongan WhatsApp akan mula dihentikan terhadap telefon lama bermula akhir 2016.

Anda jangan panik dengan berita ini kerana tindakan ini wajar dilakukan kerana sistem operasi versi lama tidak lagi mampu menjalankan aplikasi terkini. Secara khusus WhatsApp akan dihentikan pada Android 2.1 dan Android 2.2, Windows Phone 7, iPhone 3GS. Menurut kajian untuk Android hanya 0.1 peratus sahaja yang masih aktif dengan peranti lama yang menggunakan Android Froyo.

Berdasarkan data daripada Apple, lebih kurang 8 peratus peranti masih menggunakan versi lama iOS. Jadi, jika anda pengguna iOS6 dan sebelum, WhatsApp akan berakhir tidak lama lagi.

WhatsApp akan dihentikan terhadap telefon lama

WhatsApp, yang kini aktif dengan 1 bilion pengguna, menjadi sebuah aplikasi pesanan paling popular. Aplikasi berkenaan baru-baru ini memperkenalkan fungsi panggilan video sama seperti pesaingnya iaitu Skype, Facetime dan juga Google Duo. WhatsApp juga dijadualkan akan membuat ciri-ciri Stories seperti Snapchat selepas ini.

Sumber: Indian Express

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *