Asas Rekabentuk Percetakan

Asas-asas Rekabentuk Percetakan

1. Mod Warna

Asas Rekabentuk Percetakan - CMYK

Apabila membuat rekabentuk untuk percetakan adalah penting untuk memahami proses pengeluaran. Perkara ini memberi kesan langsung kepada sesuatu karya dalam pelbagai cara. Proses pengeluaran boleh menjejaskan output rekabentuk jika tidak diberi perhatian dan ia berkaitan dengan persediaan awal sesuatu karya.

Mengapa rekabentuk berwarna neon terang misalnya apabila dicetak hasilnya agak gelap? Proses pengeluaran cetak berfungsi pada mod warna CMYK, yang terhasil daripada 4 warna cetak, iaitu:

Cyan

Magenta

Kuning

Hitam

Lapisan jumlah nilai masing-masing di atas satu sama lain bagi menghasilkan warna yang dikehendaki. Spektrum warna CMYK tidak seluas warna RGB, bermakna tidak semua warna RGB boleh ditiru dalam media cetak.

Jika rekabentuk dalam mod warna RGB dihantar untuk percetakan, ianya ditukar secara automatik kepada warna CMYK. Perkara ini boleh menghasilkan keputusan yang tidak dijangka kerana ia adalah automatik sepenuhnya.

Sebagai seorang pereka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa rekabentuk anda mencapai piawaian sepatutnya dan menjaga kepentingan pelanggan. Jika pelanggan tidak berpengalaman dalam hal-hal percetakan maka menjadi tanggungjawab anda untuk menjelaskan hal ini supaya mereka faham tentang mod warna dan output yang bakal dihasilkan.

Petua: Untuk dokumen bahan cetak, pastikan mod warna CMYK.

2. Bleed

Asas Rekabentuk Percetakan - Bleed

Bleed adalah kawasan yang berlebihan termasuk dalam rekabentuk dengan tujuan untuk dipotong dalam proses pengeluaran.

Mengapa ini diperlukan?

Pernahkah anda menggunakan gunting untuk memotong gambar daripada majalah? Adakah anda terlepas garis tepat dan meninggalkan jalur putih sehingga tepi? Bayangkan di kilang-kilang percetakan ketika memotong rim kertas 250-500 helai sekaligus menggunakan mesin pemotong yang besar, adakah anda boleh jamin setiap potongan kertas tepat 100%, tiada lari sedikitpun? Sudah tentu kertas akan beralih sedikit semasa bilah pisau pemotong ditekan ke atas kertas yang hendak dipotong, disebabkan inilah motifnya rekabentuk perlu dicetak berlebihan daripada kawasan potong yang dipanggil “bleed” supaya ia dapat tampung kawasan yang berganjak ketika proses ini.

Biasanya saiz bleed digunakan dalam rekabentuk antara 1-5mm. Ianya bergantung juga kepada jenis rekabentuk, kad nama biasanya 1 atau 2mm. Buku atau majalah yang selalu menggunakan bleed sehingga 5mm.

Petua: Pastikan rekabentuk menggunakan bleed. Saiz bleed yang ideal ialah 3-5mm.

3. Kualiti Imej

Asas Rekabentuk Percetakan - Kualiti Imej

Anda mempunyai imej dari internet yang mahu dicetak. Ia kelihatan sangat baik pada skrin, tetapi tidak semestinya baik apabila dicetak!

Apakah puncanya? Faham konsep ini – kualiti imej untuk kegunaan web tidak memerlukan saiz yang besar, ia cukup sekadar 72dpi atau kadangkala dirujuk sebagai PPI (Pixels Per Inch) dan saiz berdasarkan ruang yang mahu dipaparkan. Berbeza dengan output percetakan, kerana mesin cetak akan melakukan cetakan berwarna di atas kertas yang telah ditentukan ukuran terhadap sesuatu rekabentuk itu. Kualiti imej untuk kegunaan percetakan hendaklah minimum 300dpi. Jika dibuat perbandingan, perbezaannya adalah kira-kira 24% daripada data untuk menghasilkan semula imej dalam versi cetak dengan kejelasan yang sama, 72dpi untuk skrin dan 300dpi untuk cetakan.

Jadi kita kembali ke imej yang diambil dari web yang hendak dicetak. Katakan anda telah tahu bahawa imej yang anda download adalah 72dpi dan berdasarkan konsep tadi bahawa kita perlu 4 kali ganda untuk hasilkan kualiti yang jelas, jadi kita perlu mengurangkannya kepada satu perempat daripada saiz dalam usaha untuk mencetaknya dengan jelas.

Berhati-hati dengan penggunaan imej bagi memastikan anda dan juga pelanggan mendapatkan hasil cetak yang sempurna.

4. Saiz Potong

Asas Rekabentuk Percetakan - Saiz Potong

Satu lagi pertimbangan ketika membuat rekabentuk ialah apakah saiz potong? Saiz potong adalah saiz selepas trim, iaitu saiz sebenar sesuatu dokumen selepas bleed dibuang. Ukuran saiz standard antarabangsa seperti A0, A1, A2, A3, A4 dan A5 ataupun mungkin saiz khas yang pelanggan mahu di luar daripada ukuran standard?

Jika anda buat rekabentuk dan pelanggan serahkan semuanya anda tentukan, buatlah saiz yang kos efektif pada hasil yang terbaik. Secara umumnya, ukuran kecil menjimatkan penggunaan kertas dan dapat cetak pada kuantiti yang banyak, jika berjaya jimatkan wang pelanggan di sudut pengeluaran, berpotensi untuk bajet berkenaan disalurkan kepada rekabentuk tambahan.

Kesimpulan

Itulah sahaja empat asas-asas rekabentuk percetakan. Walaubagaimanapun, kesedaran tentang aspek-aspek pengeluaran dan melaksanakan amalan-amalan asas ini membolehkan anda berkembang sebagai seorang pereka. Aspek-aspek yang telah disebutkan ini adalah amat penting!

Cetak Kad Nama di PrintDaily

Baru-baru ini saya mencari tempat bagi mencetak kad nama yang telah direkabentuk. Saya mahu dapatkan kad nama berkenaan melalui tempahan online sahaja kerana ia lebih mudah diuruskan hanya dari rumah.

Tujuan saya pilih servis percetakan online kerana saya mahu tahu ukuran kad yang akan dicetak, jadi apabila tahu ukuran mudahlah kerja rekabentuk dan tidak buang masa akibat silap ukuran dan sebagainya.

PrintDaily

Cetak Kad Nama - PrintDaily
Servis percetakan oleh PrintDaily

Layari web PrintDaily.my untuk tempah kad nama sekarang.

Tempahan Kad Nama

Review Servis

  • Kaedah pembayaran ketika checkout cuma menggunakan Bank Transfer iaitu RHB Bank. Tiada pilihan Kad Debit/Kredit, belum ditambah ke dalam sistem tempahan.
  • Selepas pembayaran dibuat ke akaun RHB Bank, perlu memberitahu orders@printdaily.my.
  • Pihak PrintDaily akan menghubungi melalui emel untuk sahkan artwork sebelum cetak.
  • Penghantaran ke seluruh negara menggunakan kurier City-Link Express atau Ta-q-bin dan dikenakan caj sebanyak RM12. Boleh juga ambil sendiri di kedai di alamat seperti yang dinyatakan di bawah.

Kualiti Cetakan

Cetakan Digital & Offset

Perlu saya beritahu di sini beberapa perkara bagi sesiapa yang belum tahu soal percetakan. Terdapat dua medium cetak iaitu Cetakan Digital dan Cetakan Offset. Paling kualiti antara dua medium ini adalah cetakan offset, tetapi ia ambil masa lama sedikit daripada cetakan digital. Cetakan digital untuk siap cepat yang boleh cetak serta merta ke mesin cetak digital sebab itulah mereka sebut Quick Print Namecard.

Warna CMYK

Perkara kedua soal warna. Hendaklah anda pasti artwork yang dihantar menggunakan format CMYK, bukannya RGB. Warna tidak sama antara dua format ini kerana RGB dikhususkan untuk kegunaan paparan skrin sahaja.

Saiz Artwork

Perkara ketiga adalah saiz artwork. Perlu difahamkan bahawa selepas siap proses cetak kertas hendak dipotong menggunakan mesin pemotong kad, jadi artwork hendaklah lebih dari saiz sebenar kad yang dipanggil bleed, biasanya bleed dalam lingkungan 1-3mm. Spesifikasi di PrintDaily, mereka mahukan saiz artwork 92x56mm dan saiz selepas trim menjadi 90x54mm.

Cetak Kad Nama - Saiz Kad

Maklumat Lanjut

PrintDaily dimiliki oleh PKM Technologies Sdn. Bhd.

2-1, Jalan Mega Mendung,
Komplek Bandar Park,
Off Jalan Klang Lama,
58200 Kuala Lumpur.

Tel: +603-7981 9779 / 7980 1094
Faks: +603-7981 6686