Telegram Channel amat sesuai sebagai medium penyiaran mesej

Telegram adalah antara aplikasi yang saya suka. Terdapat satu kelebihan pada Telegram yang tiada dalam aplikasi mesej lain iaitu boleh menghantar file bersaiz besar seperti PDF dan lain-lain format. Saya pernah hantar file PDF bersaiz 39.8MB tanpa sebarang masalah. Fungsi seperti ini tiada pada WhatsApp.

Baca artikel berikut untuk penjelasan lanjut:

http://adiazudin.com/blog/apakah-kelebihan-telegram/

Baiklah, artikel ini saya mahu sebarkan fungsi Telegram Channel. Fungsi broadcast sebelum ini telah digantikan dengan Channel yang mana kita boleh buat channel dalam 2 keadaan sama ada public (boleh sebar luas dan tiada had keahlian) atau private (ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin).

Apakah Channel?

Telegram Channel boleh didefinisikan sebagai saluran penyiaran maklumat kepada pengguna melalui aplikasi Telegram. Jangan keliru pula dengan Group Chat. Channel bukan untuk chat, ia menjadi medium penyiaran kepada admin untuk sampaikan maklumat kepada semua ahli.

Cara Buat Channel

Pada senarai menu, klik pada New Channel dan masukkan maklumat channel anda seperti gambar dibawah. Tetapkan sama ada Public Channel atau Private Channel, masukkan Link dan selesai.

Buat Telegram Channel
Cara buat Telegram Channel

Kelebihan Telegram Channel

  • Keahlian untuk channel adalah tiada had (unlimited).
  • Ahli yang baru sertai dapat lihat kesemua post yang terdapat di dalam channel sejak awal. Maksudnya boleh scroll post terdahulu.
  • Hanya creator dan admin sahaja boleh buat post di dalam channel.
  • Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
  • Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja. Tiada fungsi chat kerana ini bukan group.
  • Jika sesuatu post dibuang, ianya terhapus untuk semua ahli.
  • Jumlah views bagi setiap mesej dipaparkan di bahagian bawah penjuru kanan bersebelahan masa mesej dihantar.

Manfaat terbesar dalam Channel ialah maklumat berjaya disampaikan dengan jelas tanpa gangguan. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai lagi orang malah kawan saya sendiri masih tidak faham kepentingan untuk mereka buat Channel. Mereka samakan Channel dengan Group. Kita ambil contoh mudah, katakan anda anjurkan marathon. Tolonglah buat Channel untuk tujuan sebarkan hal-hal penting berkaitan event tersebut. Untuk kesenangan semua ahli juga supaya senang untuk rujuk kembali.

Kenapa? Group Chat tidak sesuaikah?

Group Chat boleh buat tempat perbincangan sesama ahli. Selepas itu, kemaskini keputusan perbincangan di Channel. Group Chat susah untuk semak kembali sebabnya ahli-ahli mencelah dengan perbualan, termasuklah perbualan yang tiada kaitan. Bayangkan anda perlu scroll mesej-mesej lama, atau tanya kali ke-2 dan ada yang paste balik info tersebut berulang-ulang kali. Sudah tentu bazirkan masa dan kurang cerdik, buat ajelah Channel. Bukankah ianya lebih baik dan sangat bagus!

Paparan Skrin Ahli

Ahli channel hanya nampak butang Mute / Unmute pada bahagian bawah, itu sahaja. Manakala pada bahagian Channel Info tiada senarai ahli dan admin ditunjukkan.

Senarai ahli-ahli Channel tiada siapa yang tahu melainkan Admin. Perkara ini sangat bagus kerana tiada kecurian ahli dapat dibuat sepertimana berlaku pada Group Chat. Jika Channel digunakan untuk beri penerangan produk atau perkhidmatan kepada prospek, tiada berlaku ahli mencuri secara senyap nombor telefon prospek lain untuk kepentingan peribadi. Fahamkan?

Paparan Skrin Ahli - Telegram Channel
Paparan skrin untuk ahli Channel

Paparan Skrin Admin

Admin channel ada ruangan untuk taip mesej pada bahagian bawah yang dinamakan broadcast. Manakala pada bahagian Channel Info ditunjukkan Members dan Administrators.

Paparan Skrin Admin - Telegram Channel
Paparan skrin untuk admin Channel

Channel Blogger Malaysia

Cari Channel
Sertai Channel Blogger Malaysia

Adakah anda telah cuba fungsi terbaru ini? Sebagai penulis yang banyak menulis tutorial, saya tidak ketinggalan dengan kemaskini terbaru ini. Anda boleh sertai channel Blogger Malaysia atau search ID @bloggermy pada aplikasi Telegram.

Lihat juga artikel pada blog rasmi Telegram:

17 Balasan untuk “Telegram Channel amat sesuai sebagai medium penyiaran mesej”

  1. Saya dah buat channel Telegram, tetapi tidak tahu macam mana untuk copy link channel saya? Bagaimana untuk promosi group itu kepada rakan-rakan untuk membolehkan mereka join? Sebab saya dah add banyak rakan tetapi mereka tidak terima pun. Tolong bagi pencerahan, terima kasih.

    1. Hubungi di luar Channel. Sebelum puan join sesebuah Channel, semestinya puan tahu siapa pentadbir Channel berkenaan, sama seperti Channel milik saya khas untuk pengikut blog, jadi mereka tahu untuk hubungi saya mestilah melalui ruang pertanyaan di blog.

  2. Hai, saya admin Channel, tapi atas saya ada creator. Saya dilantik sebagai admin, tetapi macamana saya hendak add member baru? Adakah hanya creator sahaja yang boleh masukkan orang baru ke dalam Channel?

  3. Saya nak tanya kenapa saya tak boleh pm org ye di Telegram. Apakah masalahnya dan macam mana nak selesaikannya? Kena orang pm sy baru saya boleh pm org.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan diterbitkan. Medan diperlukan ditanda dengan *