Jom Berbuka Puasa di The Living Room Hotel Westin Kuala Lumpur

Aneka jenis juadah sentiasa menanti pengunjung untuk berbuka bersama The Westin KL. Masakan tempatan yang mewakili 14 negeri di Malaysia semestinya menjadi kegemaran keluarga tetapi bukan itu sahaja terdapat juga masakan dari seluruh dunia dilengkapi dengan hidangan antarabangsa moden dan chef memasak terus buat anda secara langsung.

Jom! Berbuka Puasa Buffet

Jom Berbuka Puasa di Westin KL Featured

Berbuka puasa dengan penuh kenikmatan kerana pilihan juadahnya sangat beraneka bermula daripada pembuka selera, hidangan utama dan pencuci mulut yang lazat semuanya lebih daripada 50 hidangan menarik diletakkan di atas meja buffet di ruang utama The Living Room.

Juadah berbuka puasa The Westin KL

Anda boleh rasai menu seperti Ayam Bakar Percik Sri Kelantan, Ikan Patin Asam Tempoyak, menu istimewa Beriani Westin dengan Kambing Bakar dan banyak lagi! Juadah utama yang paling mendapat perhatian ialah Nasi Kandar Utara Mai dengan pilihan Keting Kambing Kandar, Daging Kandar, Ayam Kandar dan Sos Hitam (Kambing, Ayam dan Daging yang dimasak bersama campuran pelbagai rempah ratus). Tidak dilupakan juga sentuhan terakhir manisan pencuci mulut termasuklah pilihan kuih-muih tradisional Melayu.

Harga

Harga bagi Buffet Ramadhan 2017 di Hotel Westin KL ialah RM158 bersih seorang.

Tempoh

Buffet Ramadhan ini bermula dari 29 Mei hingga 23 Jun 2017 dari pukul 7 hingga 10 malam.

Diskaun

  • Ahli Beyond Dining dan SPG layak menerima diskaun sebanyak 20% terhadap promosi makanan
  • Pemegang kad bank utama juga layak menerima diskaun 20% terhadap promosi makanan restoran
  • Kanak-kanak 4 tahun ke bawah adalah PERCUMA
  • Kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun mendapat potongan harga 50%

The Living Room

The Living Room adalah dewan makan yang boleh memuatkan sehingga 300 tetamu pada satu-satu masa. Rekaan dewan ini yang luas serta berkonsep moden kontemporari menjanjikan keselesaan kepada semua tetamu yang hadir untuk menjamu selera. Untuk tempahan Buffet Ramadhan, sila hubungi 03-2731 8338 atau layari laman web Westin Dining.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Hotel Westin KL, boleh layari laman web The Westin KL dan ikuti juga di media sosial untuk berita terkini Facebook, Twitter dan Instagram.

Selamat berbuka puasa!

Buffet Ramadhan Santapan Tradisi Kampung di Enak KL

[mks_dropcap style=”square” size=”52″ bg_color=”#b1005d” txt_color=”#ffffff”]A[/mks_dropcap]ntara restoran terbaik yang patut disenaraikan dalam pilihan tempat untuk berbuka puasa pada Ramadhan ini ialah Enak KL. Sambil anda luangkan masa membeli-belah pada waktu petang di Starhill Gallery ataupun Pavilion KL, bolehlah kunjungi restoran ini dan rasai sendiri keenakkan buffet Santapan Tradisi Kampung.

Anda boleh rasai menu seperti Ayam Percik, Daging Hitam, Daging Halia, Ikan Masam Manis Selasih, Kurma Ayam, Kari Ayam & Daging, Ayam Masak Merah, Sup Ekor & Sup Kambing, Kerabu Ikan Pari, Kerabu Mangga dan pilihan pencuci mulut terbaik di restoran ini.

Paling penting untuk anda tahu ialah semua menu di Enak KL adalah tanpa MSG (Monosodium Glutamate).

Buffet Ramadhan Enak KL - Daging Hitam
Daging Hitam
Buffet Ramadhan Enak KL
Ayam Percik
Buffet Ramadhan Enak KL
Daging Halia
Buffet Ramadhan Enak KL - Kerabu Ikan Pari
Kerabu Ikan Pari
Buffet Ramadhan Enak KL
Kari Ayam
Buffet Ramadhan Enak KL - Udang Masak Lemak
Udang Masak Lemak
Buffet Ramadhan Enak KL - Sup Ekor
Sup Ekor
Buffet Ramadhan Enak KL - Pisang Karamel
Pisang Karamel

Buffet Ramadhan

Juadah utama di Enak KL sempena Ramadhan ditukar pada setiap hari supaya pelanggan dapat menikmati juadah yang berbeza-beza tanpa rasa jemu dan mempunyai pilihan mengikut citarasa masing-masing.

Buffet Ramadhan bermula pada 9 Jun dan berakhir pada 1 Julai 2016 dari jam 7 hingga 9:30 malam.

Harga Buffet

Harga bagi Buffet Ramadhan di Enak KL ialah RM85 Dewasa dan RM45 Kanak-kanak (Bawah 12 tahun).

Lokasi

Enak KL berada di lokasi yang amat strategik iaitu di kawasan tumpuan ramai, pusat membeli-belah yang tidak lekang dengan pengunjung. Terletak di LG2, Feast Floor, Starhill Gallery, 181 Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Tempahan

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Enak KL di talian 03-2141 8973 atau emel info@enakkl.com.

Buffet Ramadhan Selera Nusantara di Istana Bambu

[mks_dropcap style=”square” size=”52″ bg_color=”#179326″ txt_color=”#ffffff”]R[/mks_dropcap]estoran Istana Bambu mengalu-alukan kedatangan anda sepanjang Ramadhan ini bagi menikmati berbuka puasa dengan lebih daripada 50 juadah istimewa Nusantara dan juga makanan laut.

“Indahnya Ramadhan bersama Istana Bambu.”

Buffet Ramadhan Istana Bambu - Pintu Masuk
Pintu Masuk

Kedamaian suasana serta senibina restoran berkonsepkan buluh seperti berada di desa.

Buffet Ramadhan Istana Bambu - Surau
Surau

Restoran Istana Bambu boleh memuatkan tetamu sehingga 600 orang serta menyediakan pelbagai menu makanan untuk berbuka puasa ini dengan bayaran yang amat berpatutan iaitu RM55.60 Dewasa dan RM28.35 Kanak-kanak (5-11 tahun), usia di bawah 4 tahun adalah percuma.

Pelbagai masakan ala kampung tradisional hingga ke masakan Cina, Thai dan Arab disediakan. Antara menu istimewa ialah Kambing Golek, Ayam Bakar Sunda, Patin Tempoyak, Asam Pedas Istimewa, Masak Lemak Daging Salai serta pelbagai masakan laut resepi istimewa Istana Bambu yang sentiasa mendapat sambutan dan menjadi kegemaran utama pengunjung. Kualiti, kebersihan serta kelazatan adalah terjamin. Kemudahan seperti surau dan tempat parking yang luas juga disediakan untuk kemudahan tetamu di sini.

Buffet Ramadhan Istana Bambu - Tempat Bakar

Restoran Istana Bambu dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 10 malam sempena Ramadhan ini. Berdasarkan sambutan yang diterima pada bulan Ramadhan yang lepas, tempahan diterima amat baik daripada orang ramai. Oleh itu, tempahan awal amat dialu-alukan dan telah dibuka sekarang untuk organisasi korporat, individu dan berkumpulan.

Buffet Ramadhan Istana Bambu - Kambing Golek
Kambing Golek
Buffet Ramadhan Istana Bambu - Pais Tempoyak
Pais Ikan Patin Tempoyak
Buffet Ramadhan Istana Bambu - Kuih-muih
Kuih-muih

Buffet Ramadhan Istana Bambu - Kuih-muih

Isnin & KhamisSelasa & JumaatRabu & SabtuAhad

Juadah Nusantara

  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Daging Salai Masak Lemak
  • Ikan Patin Tempoyak
  • Rendang Ayam

Juadah Makanan Laut

  • Deep Fried Ikan Berlada
  • Prawn Butter Sauces
  • Salted Egg Squid
  • Tomyam Seafood
  • Hongkong Kailan
  • Lala Thai Style

Gerai Nusantara

  • Tempe Jawa
  • Budu
  • Tempoyak
  • Sambal Belacan
  • Keropok
  • Ulam-ulaman
  • Ikan-masin

Gerai A

  • Kebab

Gerai B

  • Steamboat

Gerai C

  • Cucur
  • Keledek / Pisang
  • Rojak

Gerai D

  • Buah-buahan

Gerai E

  • Bubur Pulut Hitam
  • Bubur Pisang
  • Bubur Gandum

Gerai F

  • Cendol
  • Air Sejuk / Air Panas
  • Ais Krim

Gerai G

  • Nasi Ayam

Gerai Bakar

  • Ikan Keli
  • Ikan Kembung

Gerai Makanan Barat

  • Macaroni
  • Spaghetti Bolognese

Gerai Mi

  • Kuey Teow Goreng

Gerai Kerabu

  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Taugeh
  • Kerabu Sotong

Gerai Kuih-muih

  • Kuih Melaka
  • Ketayap
  • Karipap
  • Cara Manis
  • Cara Lauk
  • Puding Laici
  • Puding Mangga
  • Sagu Gula Kabong
  • Elchair
  • Cream Puff
  • Muffin
  • Kek
  • Agar-agar

Gerai Minuman

  • Cendol
  • Minuman Sejuk
  • Minuman Panas
  • Ais Krim

Juadah Nusantara

  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Masak Lemak Rebung Perut
  • Ikan Patin Tempoyak
  • Ayam Palembang

Juadah Makanan Laut

  • Deep Fried Ikan Sambal Cili
  • Udang Nyonya
  • Deep Fried Squid
  • Tomyam Seafood
  • Sayur Campur
  • Lala Dry Chili

Gerai Nusantara

  • Pajeri Nanas
  • Budu
  • Tempoyak
  • Sambal Belacan
  • Keropok
  • Ulam-ulaman
  • Ikan Masin

Gerai A

  • Kambing Golek

Gerai B

  • Kebab

Gerai C

  • Steamboat

Gerai D

  • Cucur
  • Keledek / Pisang
  • Rojak

Gerai E

  • Buah-buahan

Gerai F

  • Bubur Pulut Hitam
  • Bubur Puteri Mandi
  • Bubur Nangka

Gerai G

  • Nasi Ayam

Gerai Bakar

  • Pais Ikan Patin Tempoyak

Gerai Makanan Barat

  • Macaroni
  • Spaghetti Bolognese

Gerai Mi

  • Bihun Soto
  • Mi Mamak

Gerai Kerabu

  • Kerabu Melaka
  • Kerabu Taugeh
  • Kerabu Sotong

Gerai Kuih-muih

  • Buah Melaka
  • Ketayap
  • Karipap
  • Cara Manis
  • Cara Lauk
  • Puding Laici
  • Puding Mangga
  • Sagu Gula Kabong
  • Elchair
  • Cream Puff
  • Muffin
  • Kek
  • Agar-agar

Gerai Minuman

  • Cendol
  • Minuman Sejuk
  • Minuman Panas
  • Ais Krim

Juadah Nusantara

  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Masak Lemak Nanas Ikan Masin
  • Ikan Patin Tempoyak
  • Ayam Berlada

Juadah Makanan Laut

  • Deep Fried Ikan 3 Rasa
  • Udang Nestum
  • Sambal Sotong
  • Tomyam Seafood
  • Kacang Botol Goreng
  • Lala Ginger Onion

Gerai Nusantara

  • Ikan Bilis & Tempe
  • Budu
  • Tempoyak
  • Sambal Belacan
  • Keropok
  • Ulam-ulaman
  • Ikan Masin

Gerai A

  • Kambing Golek

Gerai B

  • Kebab

Gerai C

  • Steamboat

Gerai D

  • Cucur
  • Keledek / Pisang
  • Rojak

Gerai E

  • Buah-buahan

Gerai F

  • Bubur Pulut Hitam
  • Bubur Chacha
  • Bubur Nangka

Gerai G

  • Nasi Ayam

Gerai Bakar

  • Ayam Bakar

Gerai Makanan Barat

  • Macaroni
  • Spaghetti Bolognese

Gerai Mi

  • Mi Mamak
  • Laksa

Gerai Kerabu

  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Taugeh
  • Kerabu Sotong

Gerai Kuih-muih

  • Buah Melaka
  • Ketayap
  • Karipap
  • Cara Manis
  • Cara Lauk
  • Puding Laici
  • Puding Mangga
  • Sagu Gula Kabong
  • Elchair
  • Cream Puff
  • Muffin
  • Kek
  • Agar-agar

Gerai Minuman

  • Cendol
  • Minuman Sejuk
  • Minuman Panas
  • Ais Krim

Juadah Nusantara

  • Asam Pedas Ikan Pari
  • Daging Tetel / Nangka Muda
  • Ikan Patin Tempoyak
  • Ayam Kicap

Juadah Makanan Laut

  • Deep Fried Ikan Kerabu Mangga
  • Dry Butter Prawn
  • Sotong Telur Masin
  • Tomyam Seafood
  • Sayur Campur
  • Lala Hot & Spicy
  • Sup Bebola Ikan

Gerai Nusantara

  • Paru Berlada
  • Budu
  • Tempoyak
  • Sambal Belacan
  • Ulam-ulaman
  • Ikan Masin

Gerai A

  • Kambing Golek

Gerai B

  • Roti John
  • Roti Canai

Gerai C

  • Steamboat

Gerai D

  • Cucur
  • Keledek / Pisang
  • Rojak

Gerai E

  • Buah-buahan Tempatan
  • Sengkuang Calit

Gerai F

  • Bubur Pulut Hitam
  • Bubur Gunting
  • Bubur Nangka

Gerai G

  • Nasi Minyak

Gerai Bakar

  • Ayam Bakar

Gerai Makanan Barat

  • Macaroni
  • Spaghetti Bolognese

Gerai Mi

  • Mi Rebus
  • Bihun Goreng

Gerai Kerabu

  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Taugeh
  • Kerabu Sotong

Gerai Kuih-muih

  • Buah Melaka
  • Ketayap
  • Karipap
  • Cara Manis
  • Cara Lauk
  • Puding Laici
  • Puding Mangga
  • Elchair
  • Cream Puff
  • Muffin
  • Kek
  • Agar-agar

Gerai Minuman

  • Lai Chi Kang
  • Minuman Sejuk
  • Minuman Panas
  • Ais Krim

Lokasi Restoran

Promosi

Promosi harga runtuh RM40 selama 4 hari sahaja (6 hingga 9 Jun) untuk dewasa. Dapatkan segera promosi ini dengan menghubungi Puan Aida di talian atau emel seperti di bawah.

Tempahan

Sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi Puan Aida, Pengurus Restoran di talian 03-42514717 atau 018-3749920.

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel 2016

[mks_pullquote align=”right” width=”300″ size=”22″ bg_color=”#d31145″ txt_color=”#ffffff”]Sentuhan Ramadhan Berbuka Puasa mempamerkan keaslian dan juadah tradisi masakan tempatan.[/mks_pullquote] [mks_dropcap style=”square” size=”52″ bg_color=”#d31145″ txt_color=”#ffffff”]A[/mks_dropcap]cara Buffet Ramadhan ini dibuat di Cafe 5, Pearl International Hotel. Nikmati berbuka puasa sepanjang Ramadan bersama keluarga, orang tersayang dan rakan-rakan bermula dari 6 Jun hingga 4 Julai 2016. Tempahan berbuka puasa di sini merupakan pilihan yang sangat berbaloi dan saya pasti anda akan terpukau dan terpesona dengan aneka pilihan masakan tradisional tempatan.

Krew Dapur

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Chef

Chef Francis Tan adalah Chef Eksekutif di Pearl International Hotel bersama krew dapur bertungkus-lumus dan berganding-bahu mempamerkan kepakaran mereka dalam bidang masakan untuk hasilkan juadah terbaik buat anda.

Pembuka Selera

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Pembuka

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Pembuka

Juadah Utama

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Satay

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Chef Dave dan Kambing Golek

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Kambing Golek

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Mutton Roganjush

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Sup Tulang Lada Hitam

Hidangan menu di sini adalah berbeza-beza setiap hari supaya pengunjung dapat merasai kenikmatan juadah berbuka puasa hasil sentuhan krew dapur hotel ini.

Masakan PanasMenu Utama
  • Kambing golek yang telah diperap dengan pelbagai rempah dan di panggang di hadapan tetamu atau peha kambing yang disediakan bersama sos lada hitam, sos rosemary, sos pudina, sayur-sayuran dan kentang bakar.
  • Kawah Panas – (Putaran)
    Daging Kambing Rogan Josh, gulai daging dengan kentang, gulai daging kawah.
  • Lemang dijamu dengan rendang ayam, rendang daging, serunding ayam dan serunding daging.
  • Sup – (Putaran)
    Sup Tulang, Sup Gearbox, Sup Tulang Rusuk, Sup Perut Lembu, Sup Ayam, Sup Ekor dan Sup Tomyam Campur.
  • Lontong yang dijamu bersama masak lemak sayuran dan nasi himpit.
  • Nasi Kandar Istimewa – (Putaran)
    Ayam goreng berempah, telur ikan kunyit dan bawang, ikan goreng, sotong goreng dengan biji mustard, telur goreng, sayur kobis dan nasi putih.
  • Citarasa India – (Putaran)
    Nasi Briyani dengan masakan ayam, kambing dan dalca sayur.
  • Nasi Putih Kukus, Gulai Kambing, Nasi Dagang, Ayam Masak Lemak Cili Api.
  • Daging Masak Kicap, Kari Ikan Tongkol, Taugeh Goreng, Sambal Terung.
  • Murtabak bersama Kari Ayam dan Dhal, Kurma Ayam dengan Kentang.
  • Nasi Aroma Pandan, Ayam Penyet, Rendang Kerang, Asam Pedas Ikan Kembong.
  • Pajeri Nanas, Nasi Tomato, Gulai Lemak Labu bersama Ikan Bilis, Ayam Kalio (Ayam Masak Lemak Minang).
  • Asam Pedas Ikan Pari, Tumisan Kailan bersama Cendawan, Kacang Panjang Goreng Belacan.
  • Sambal Telur, Kari Ayam, Sambal Udang, Tauchu Ikan Tongkol.
  • Tumisan Siew Pak Choy, Sambal Tauhu, Masak Lemak Nanas Ikan Masin (Gaya Nyonya).
  • Masak Merah Ayam, Sayur Lemak Lodeh, Pajeri Terung, Ikan Dory Masam Manis.
  • Masak Kicap Sotong, Ayam Panggang Masak Lemak Cili, Sambal Terung dan Kari Kambing.
  • Sayur Lemak Putih Pucuk Manis dengan Kentang, Sayur Jawa, Ikan Tenggiri Bakar Ala Pearl.
  • Sambal Petai Ikan Bilis, Bebola Sotong Manis Pedas.
  • Sentuhan Juadah Arab – Roti Pita Ayam Shawarma dengan Yogurt dan Salad Mediterranean.
  • Gerai Goreng – Keropok Lekor, Otak-otak dan Pulut Udang.
  • Juadah Kampung – Bubur Lambuk tradisional dengan ikan dan rempah.
  • Gerai Noodle – (Putaran)
    Mi Wantan, Laksa, Mi Bandung, Mi Rebus, Laksa Johor, Laksa Kari Nyonya.
  • Satay – Daging lembu dan ayam bersama kuah kacang, bawang dan timun.

Pencuci Mulut

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Dessert

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Jus

Cafe 5

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Cafe 5

Cafe 5 berada di tingkat 5 yang beroperasi setiap hari dari 6 pagi hingga 11 malam, boleh memuatkan tetamu seramai 300 orang. Buffet Ramadan berlangsung selama 3 jam 30 minit iaitu dari 7 petang hingga 10:30 malam.

Harga Buffet

  • RM98+ Dewasa
  • RM45+ Kanak-kanak (4 – 11 tahun)
  • RM45+ Warga Senior (55 tahun ke atas)

Baucar Ramadhan

Terdapat promosi penjimatan terbaik kepada pengunjung yang datang berkumpulan. Anda boleh dapatkan Baucar Ramadhan pada harga RM650 bersih (Harga termasuk 6% GST) untuk satu buku baucar. Satu buku terdapat 10 keping Baucar Ramadhan yang boleh digunakan untuk 10 orang, bermakna seorang cuma bayar RM65 sahaja. Sungguh menjimatkan! Jadi rebutlah peluang ini, anda boleh segera dapatkan baucar ini dengan menghubungi Lawrence Khoh di talian 03-7983 1111 ext. 3309 atau 016-3318 420.

Setiap pembelian satu buku (10 baucar) sebelum 5 Jun 2016, dapat 1 baucar tambahan PERCUMA!

Lokasi Hotel

Buffet Ramadhan Pearl International Hotel KL - Hotel

Lokasi hotel ialah Batu 5, Jalan Klang Lama yang terletak pertengahan di antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya.

Tempahan

Untuk tempahan Buffet Ramadhan, sila hubungi Cafe 5 di talian 03-7983 1111 ext. 3203, 3205 – Alan Wong, Mohd Izwan.

Buffet Ramadhan Asam Pedas di Swiss-Garden KL

[mks_dropcap style=”square” size=”52″ bg_color=”#b4263c” txt_color=”#ffffff”]A[/mks_dropcap]sam Pedas adalah juadah masam pedas yang sangat dikenali di Semenanjung Malaysia dan Sumatera. Ia antara makanan tradisi Melayu dan juga Minangkabau. Selain Asam Pedas, terdapat pilihan lebih daripada 100 juadah yang disediakan segar seperti kerabu dan salad, sup, makanan pedas, pencuci mulut dan minuman yang beraneka pilihan. Semua ini disediakan dengan kualiti terbaik daripada pasukan kulinari Swiss-Garden.

Kembali lagi tahun ini antara menu utama atas permintaan ramai ialah Kambing Bakar dan Itik Panggang. Sesiapa yang berhajat untuk merasainya bolehlah berkunjung ke Swiss-Garden.

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Kambing Bakar
Kambing Bakar
Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Itik Panggang
Itik Panggang

“Menu tradisional Melayu seperti Asam Pedas Melaka, Rendang Kambing Tok, Tempoyak Ikan Patin, Laksa Buyong dan beberapa pilihan lain menanti anda.”

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Gulai Lemak
Masak Lemak
Buffet Ramadhan Swiss Garden - Rendang Tok
Rendang Tok

Semasa majlis berbuka puasa nanti, anda boleh lihat sendiri chef menyediakan makanan laut segar seperti Ikan Siakap Bakar, Ikan Pari Bakar, Tiram dan beberapa pilihan mi seperti Mi Udang, Mi Rebus dan Laksa Kelantan.

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Ikan Bakar
Ikan Bakar
Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Lemang Ketupat
Lemang & Ketupat

Akhir sekali, makanan pencuci mulut seperti Bubur Cha-cha Nyonya Melaka, Serawa Durian, Kuih-muih Nyonya, Pengat Pisang dan beberapa lagi.

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Pencuci Mulut
Pencuci Mulut
Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Kurma & Kuih Muih
Kuih-muih

Tentang Chef

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Chef Othman

Chef Othman Abu Baker

Chef Eksekutif

Chef Othman mempunyai 28 tahun pengalaman dalam bidang masakan dan 18 tahun dalam industri hospitaliti. Beliau telah memegang pelbagai jawatan penting di restoran hotel bertaraf 5 bintang.

Sentuhan masakan beliau memiliki pengaruh klasik dan moden manakala gaya masakannya cenderung ke arah gaya Eropah dan Tradisional Melayu. Beliau menyifatkan kejayaan masakannya adalah hasil kerja keras, semangat dan turut memberi inspirasi kepada orang lain serta pasukan masakan di Swiss-Garden Hotel & Residences Kuala Lumpur. Salah satu juadah signature beliau yang boleh anda cuba ketika Buffet Ramadhan nanti ialah Rendang Tok.

Flavors Restaurant

Buffet Ramadhan Swiss-Garden KL - Flavors Restaurant
Flavors Restaurant

Terletak di tingkat 1 dimana Buffet Ramadhan ini diadakan. Flavors Restaurant beroperasi pada setiap hari dari jam 6:30 pagi hingga 11 malam.

  • Sarapan Pagi: 6:30 pagi – 10:30 pagi
  • Makan Tengahari: 12 tengahari – 2:30 petang
  • Buffet Ramadhan: 6:30 petang – 10 malam

Lokasi Hotel

Lokasi hotel amat mudah diakses melalui semua jenis pengangkutan, sama ada dengan tren, memandu ataupun berjalan kaki. Ianya 75km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), kira-kira 1 jam melalui jalan raya ataupun boleh hindari kesesakan jalanraya dengan menaiki LRT / Monorail, kemudian turun di Stesen Hang Tuah.

Tempahan

Buffet Ramadhan ini berharga RM118 Dewasa dan RM59 Kanak-kanak. Majlis bermula pada pukul 6:30 petang sehingga 10 malam dari 6 Jun sehingga 5 Julai 2016. Tempahan awal bermula dari sekarang sehingga 5 Jun ini dan nikmati diskaun 30%.

Untuk tempahan boleh hubungi +603-2785 1111 ext 1190 atau tempah online melalui banner di atas ataupun emel terus kepada ashvini.munusamy@shrkl.swissgarden.com atau flavors@shrkl.swissgarden.com.