Cara mengaktifkan SSL pada Cloudflare dan tetapannya

Cloudflare SSL Featured

Anda semua saya jamin sudah biasa lihat pautan laman web yang dimulai dengan https dan dipaparkan simbol mangga (padlock) di awal nama domain tersebut sebagai isyarat bahawa rangkaian dilindungi.

Baru-baru ini saya menghubungi pasukan bantuan teknikal Exabytes Network untuk bertanya tentang sijil SSL (SSL certificate) yang mungkin telah disediakan pada pengkalan data (server) mereka. Jawapannya ialah ada disediakan di setiap pengkalan data Linux dengan Auto SSL daripada Comodo CA Limited.

Jadi, saya ada dua pilihan sekarang, boleh guna sijil SSL di origin server iaitu tempat asal data blog ini dihidupkan atau pilihan kedua melalui CDN Cloudflare.

Sebelum saya terus kepada cara tetapan https di Cloudflare, saya mahu anda faham dahulu tentang sijil SSL. Jika syarikat hosting tidak sediakan anda boleh beli sendiri dan minta pasukan teknikal pasang (install) dalam pengkalan data yang digunakan. Selalunya pemasangan (installation) akan dikenakan caj, contohnya Exabytes Network caj RM95 untuk sekali pasang di pengkalan data.

Jenis-jenis sijil SSL

  • Domain Validation (DV)
  • Organization Validation (OV)
  • Extended Validation (EV)

Domain Validation

Adalah sijil SSL untuk pengesahan domain yang disemak dengan pendaftar domain. Sijil jenis ini tidak menunjukkan maklumat tentang organisasi dan dengan itu ia untuk kegunaan umum.

Domain Validated Certificate
Contoh sijil SSL yang hanya membuat pengesahan nama domain

Organization Validation

Adalah sijil SSL yang lebih dipercayai berbanding dengan sijil yang hanya sahkan domain. Permohonan sijil ini merujuk kepada dokumen perniagaan kerana ia mengandungi maklumat perniagaan yang sah. Inilah piawaian standard sijil SSL yang diperlukan pada laman web rasmi perniagaan.

Organization Validated Certificate
Contoh sijil SSL untuk organisasi yang memaparkan nama penuh perniagaan dan juga domain

Extended Validation

Adalah sijil SSL yang lebih spesifik lagi daripada dua jenis di atas. Permohonan Sijil EV memerlukan pengesahan daripada pelbagai aspek iaitu meneliti hak pemohon terhadap sesuatu domain, kemudian organisasi yang dijalankan dan jenis bisnes yang terlibat. Contohnya pengeluar perisian antivirus, aspek yang terlibat adalah hak terhadap domain, organisasi dan produk yang dikeluarkan. Sijil EV sangat sesuai untuk laman web e-Commerce.

Antara laman web untuk membeli Sijil SSL:


Langkah-langkah Penting

1. Tetapan di Cloudflare

Kita mulakan sekarang tetapan di Cloudflare. Saya andaikan anda sudah menggunakan Cloudflare, jadi saya tidak perlu tunjukkan cara bagaimana untuk daftar.

Cloudflare adalah organisasi yang menyediakan servis Content Delivery Network (CDN), saya pilih Cloudflare kerana ada integrasi bersama plugin WP Rocket yang digunakan untuk blog ini, lebih mudah untuk uruskan. Baca juga artikel ini: Kelajuan Web Optimum.

Pada akaun Cloudflare hendaklah ditetapkan 3 perkara penting iaitu:

  • SSL – Flexible / Full
  • Automatic HTTPS Rewrites
  • Page rule – Always use HTTPS
Cloudflare SSL - Flexible
Langkah 1: Tentukan jenis SSL, disyorkan untuk pilih Flexible. Flexible ialah komunikasi antara pelayar web (pelawat blog anda) dengan Cloudflare dalam mod sekuriti, tetapi Cloudflare berhubung dengan origin server (tempat data anda dihoskan) tanpa sekuriti kerana tiada sijil SSL. Jika memilih Full anda kena pastikan bahawa origin server memiliki sijil SSL.
Cloudflare SSL - Automatic HTTPS Rewrites
Langkah 2: Pastikan ON Automatic HTTPS Rewrites supaya kandungan blog anda yang bercampur aduk dengan pelbagai pautan ditujukan kepada HTTPS.

Cloudflare SSL - Page Rules

Cloudflare SSL - Create Page Rules
Langkah 3: Akhir sekali ialah tetapan Page Rules untuk pastikan sentiasa menggunakan HTTPS. Ikuti format alamat url seperti imej di atas, gantikan dengan domain anda.

Selepas selesai melakukan 3 perkara ini, maka tetapan di Cloudflare sudah sempurna, boleh maju ke langkah seterusnya iaitu tetapan di WordPress.

2. Tetapan di WordPress

Setelah selesai tetapan di Cloudflare, pasang dan aktifkan plugin Really Simple SSL.

Really Simple SSL
Langkah 1: Pasang dan aktifkan pemalam (plugin) Really Simple SSL.
Really Simple SSL - Aktifkan SSL
Langkah 2: Klik pada butang “Go ahead, activate SSL” untuk aktifkan SSL. Lihat juga di bawah ada dinyatakan bahawa SSL certificate was detected on your site.
Really Simple SSL - Pengaktifkan berjaya
Langkah 3: Pengaktifan telah berjaya dilakukan dengan sempurna.
Really Simple SSL - Settings
Tinggalkan settings seperti di atas, hanya benarkan auto replace mixed content dan 301 redirection to SSL.
WordPress - Tetapan Umum
Apabila anda semak kembali tetapan umum di WordPress, alamat URL telah ditukarkan kepada HTTPS.

Kadangkala ketika sedang layari web, kita akan jumpa masalah simbol padlock keselamatan tiba-tiba hilang, apabila anda semak ia akan beritahu terdapat insecure content. Cara mudah untuk diagnosis insecure content boleh guna tools seperti Why No Padlock?

Urusan tetapan sudahpun sempurna pada tahap ini, langkah seterusnya hanya untuk kemaskini beberapa perkara di bawah.

3. Kemaskini Google Search Console

Mulai sekarang kita lebih utamakan pautan https, jika sebelum ini semua carian menuju kepada url http. Oleh itu, sila kemaskini Google Search Console dengan menambah property baru. Jangan lupa hantar sitemap yang baru untuk https.

Google Search Console - Property
Langkah 1: Tambah property untuk kedua-dua HTTPS tanpa www dan beserta www. Paparan di atas terdapat 4 properties kerana sebelum ini telah gunakan HTTP.

Antara empat pilihan yang disenaraikan anda dikehendaki pilih salah satu property untuk dikemaskini, jika sebelum ini saya memilih http tanpa www, maka untuk kali ini sama juga saya masih memilih laman web tanpa www untuk HTTPS. Masuk ke dalam property berkenaan dan kemaskini dua perkara seperti di bawah.

Google Search Console - Robot
Langkah 2: Kemaskini fail robots.txt yang tersimpan di dalam direktori utama laman web.
Google Search Console - Sitemap
Langkah 3: Perkara paling penting jangan lupa hantar Sitemap untuk Google lakukan indeks terhadap laman web anda.

Selesai kemaskini Google Search Console.

4. Kemaskini Google Analytics

Kemaskini alamat di Google Analytics kerana sebelum ini menggunakan http.

Google Analytics - View Settings
Langkah 1: Pergi ke View Settings.
Google Analytics URL
Langkah 2: Pergi ke Website’s URL untuk memilih https.

Selesai kemaskini Google Analytics.

5. Kemaskini akaun WordPress.com

Kemaskini juga alamat web di tetapan akaun WordPress.com kerana alamat berkenaan digunakan ketika komen di blog.

WordPress.com - Tetapan Akaun
Kemaskini alamat kepada HTTPS kerana alamat ini akan muncul di ruangan komen.

6. Kemaskini profil Gravatar

Semak juga profil Gravatar.com untuk pastikan pautan web tepat.

Profil Gravatar
Semakan terhadap profil Gravatar untuk lihat kemaskini alamat web.

Kesimpulan

Berpindah kepada https adalah jalan terbaik buat anda sebagai pemilik web atau blog, kerana laman web dengan https lebih diutamakan oleh enjin carian.

Selamat berblogging!

Asas Rekabentuk Percetakan

Asas-asas Rekabentuk Percetakan

1. Mod Warna

Asas Rekabentuk Percetakan - CMYK

Apabila membuat rekabentuk untuk percetakan adalah penting untuk memahami proses pengeluaran. Perkara ini memberi kesan langsung kepada sesuatu karya dalam pelbagai cara. Proses pengeluaran boleh menjejaskan output rekabentuk jika tidak diberi perhatian dan ia berkaitan dengan persediaan awal sesuatu karya.

Mengapa rekabentuk berwarna neon terang misalnya apabila dicetak hasilnya agak gelap? Proses pengeluaran cetak berfungsi pada mod warna CMYK, yang terhasil daripada 4 warna cetak, iaitu:

Cyan

Magenta

Kuning

Hitam

Lapisan jumlah nilai masing-masing di atas satu sama lain bagi menghasilkan warna yang dikehendaki. Spektrum warna CMYK tidak seluas warna RGB, bermakna tidak semua warna RGB boleh ditiru dalam media cetak.

Jika rekabentuk dalam mod warna RGB dihantar untuk percetakan, ianya ditukar secara automatik kepada warna CMYK. Perkara ini boleh menghasilkan keputusan yang tidak dijangka kerana ia adalah automatik sepenuhnya.

Sebagai seorang pereka adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memastikan bahawa rekabentuk anda mencapai piawaian sepatutnya dan menjaga kepentingan pelanggan. Jika pelanggan tidak berpengalaman dalam hal-hal percetakan maka menjadi tanggungjawab anda untuk menjelaskan hal ini supaya mereka faham tentang mod warna dan output yang bakal dihasilkan.

Petua: Untuk dokumen bahan cetak, pastikan mod warna CMYK.

2. Bleed

Asas Rekabentuk Percetakan - Bleed

Bleed adalah kawasan yang berlebihan termasuk dalam rekabentuk dengan tujuan untuk dipotong dalam proses pengeluaran.

Mengapa ini diperlukan?

Pernahkah anda menggunakan gunting untuk memotong gambar daripada majalah? Adakah anda terlepas garis tepat dan meninggalkan jalur putih sehingga tepi? Bayangkan di kilang-kilang percetakan ketika memotong rim kertas 250-500 helai sekaligus menggunakan mesin pemotong yang besar, adakah anda boleh jamin setiap potongan kertas tepat 100%, tiada lari sedikitpun? Sudah tentu kertas akan beralih sedikit semasa bilah pisau pemotong ditekan ke atas kertas yang hendak dipotong, disebabkan inilah motifnya rekabentuk perlu dicetak berlebihan daripada kawasan potong yang dipanggil “bleed” supaya ia dapat tampung kawasan yang berganjak ketika proses ini.

Biasanya saiz bleed digunakan dalam rekabentuk antara 1-5mm. Ianya bergantung juga kepada jenis rekabentuk, kad nama biasanya 1 atau 2mm. Buku atau majalah yang selalu menggunakan bleed sehingga 5mm.

Petua: Pastikan rekabentuk menggunakan bleed. Saiz bleed yang ideal ialah 3-5mm.

3. Kualiti Imej

Asas Rekabentuk Percetakan - Kualiti Imej

Anda mempunyai imej dari internet yang mahu dicetak. Ia kelihatan sangat baik pada skrin, tetapi tidak semestinya baik apabila dicetak!

Apakah puncanya? Faham konsep ini – kualiti imej untuk kegunaan web tidak memerlukan saiz yang besar, ia cukup sekadar 72dpi atau kadangkala dirujuk sebagai PPI (Pixels Per Inch) dan saiz berdasarkan ruang yang mahu dipaparkan. Berbeza dengan output percetakan, kerana mesin cetak akan melakukan cetakan berwarna di atas kertas yang telah ditentukan ukuran terhadap sesuatu rekabentuk itu. Kualiti imej untuk kegunaan percetakan hendaklah minimum 300dpi. Jika dibuat perbandingan, perbezaannya adalah kira-kira 24% daripada data untuk menghasilkan semula imej dalam versi cetak dengan kejelasan yang sama, 72dpi untuk skrin dan 300dpi untuk cetakan.

Jadi kita kembali ke imej yang diambil dari web yang hendak dicetak. Katakan anda telah tahu bahawa imej yang anda download adalah 72dpi dan berdasarkan konsep tadi bahawa kita perlu 4 kali ganda untuk hasilkan kualiti yang jelas, jadi kita perlu mengurangkannya kepada satu perempat daripada saiz dalam usaha untuk mencetaknya dengan jelas.

Berhati-hati dengan penggunaan imej bagi memastikan anda dan juga pelanggan mendapatkan hasil cetak yang sempurna.

4. Saiz Potong

Asas Rekabentuk Percetakan - Saiz Potong

Satu lagi pertimbangan ketika membuat rekabentuk ialah apakah saiz potong? Saiz potong adalah saiz selepas trim, iaitu saiz sebenar sesuatu dokumen selepas bleed dibuang. Ukuran saiz standard antarabangsa seperti A0, A1, A2, A3, A4 dan A5 ataupun mungkin saiz khas yang pelanggan mahu di luar daripada ukuran standard?

Jika anda buat rekabentuk dan pelanggan serahkan semuanya anda tentukan, buatlah saiz yang kos efektif pada hasil yang terbaik. Secara umumnya, ukuran kecil menjimatkan penggunaan kertas dan dapat cetak pada kuantiti yang banyak, jika berjaya jimatkan wang pelanggan di sudut pengeluaran, berpotensi untuk bajet berkenaan disalurkan kepada rekabentuk tambahan.

Kesimpulan

Itulah sahaja empat asas-asas rekabentuk percetakan. Walaubagaimanapun, kesedaran tentang aspek-aspek pengeluaran dan melaksanakan amalan-amalan asas ini membolehkan anda berkembang sebagai seorang pereka. Aspek-aspek yang telah disebutkan ini adalah amat penting!

Format Teks WhatsApp

Cara melaksanakan format teks tidak dibuat dalam menu pilihan yang mungkin anda hanya perlu pilih format dan taip. Tetapi ia lagi mudah daripada itu, hanya tandakan pada perkataan yang dipilih dengan aksara tertentu di awal dan akhir.

  • Huruf Tebal: Taip mesej kemudian masukkan simbol asterik (*) di awal dan akhir sesuatu perkataan.
  • Huruf Condong: Taip mesej kemudian masukkan simbol garis bawah (_) di awal dan akhir sesuatu perkataan.
  • Garis Batal: Taip mesej kemudian masukkan simbol tilde (~) di awal dan akhir sesuatu perkataan.

Selepas ini, mesej yang anda taip untuk memberi pesanan kepada seseorang boleh manfaatkan format teks ini untuk jelaskan maksud ayat yang cuba disampaikan. Huruf tebal sesuai untuk perhatian dan amaran. Huruf condong sesuai untuk nyatakan pilihan sesuatu dan garis batal untuk memberi maksud batal melalui perkataan yang dipilih.

Apakah Kelebihan Telegram

Hari ini, Telegram sudahpun menghantar 1 billion mesej setiap hari yang digunakan oleh lebih 50 juta pengguna aktif dan sentiasa bertambah 1 juta pengguna baru seminggu. Saya memilih Telegram kerana ia menawarkan fungsi yang kebanyakan pesaingnya tidak tawarkan.

Kelebihan Telegram

1. File Transfer

Adakah anda pernah cuba menghantar PDF, Word, Excel atau eBook menggunakan WhatsApp atau Facebook Messenger? Anda pasti akan kecewa kerana kedua-dua apps berkenaan tidak boleh mengendalikan fail selain daripada imej, audio dan video. Telegram boleh menghantar apa sahaja jenis fail, tidak kisah. Malah, tidak menetapkan saiz fail yang boleh dihantar. Setakat ini saya sudah cuba hantar fail PDF saiz 39.8MB dan berjaya diterima tanpa sebarang masalah.

File Transfer - Kelebihan Telegram
Percubaan menghantar fail pada aplikasi Telegram

Berdasarkan contoh diatas, saya lakukan percubaan terhadap 2 jenis fail iaitu PDF (39.8MB) dan JPG (9.4MB). Sesiapa yang sangat pentingkan kualiti imej, tidak mahu sesuatu imej dikompress boleh hantar seperti ini di Telegram.

2. Penggunaan Username

Kebanyakan aplikasi mesej yang ada seperti WhatsApp, menggunakan nombor telefon untuk mengenal pasti pengguna mereka. Kesannya anda terpaksa mendedahkan nombor telefon untuk menggunakan aplikasi berkenaan. Jadi, nombor telefon anda tidak lagi rahsia.

Telegram menawarkan pengguna peluang untuk membuat username. Username berkenaan dapat dicari melalui fungsi search yang terdapat dalam aplikasi Telegram. Melalui cara ini pengguna tidak perlu dedahkan nombor telefon. Jadi, nombor telefon anda kekal rahsia.

Username - Kelebihan Telegram
Tetapan username supaya mudah untuk pengguna mencari anda

3. Tidak bergantung pada telefon bimbit

Walaupun kebanyakan aplikasi chat popular lain memerlukan telefon sebagai alat untuk menghantar mesej, Telegram pula boleh digunakan semata-mata pada tablet atau desktop. Anda hanya perlu mempunyai nombor telefon untuk tujuan pengenalan sahaja.

Layari Telegram versi web di alamat (https://web.telegram.org), berikan nombor telefon dan Telegram akan menghantar mesej SMS ke telefon anda termasuk kod untuk log masuk buat pertama kali.

Telegram Web - Kelebihan Telegram
Akses Telegram di pelayar web

Perbezaan dengan WhatsApp Web

WhatsApp juga sudah boleh dilayari pada versi web (https://web.whatsapp.com) namun masih bergantung dengan telefon bimbit anda. Apabila telefon anda berada diluar rangkaian WiFi yang digunakan bersama desktop, maka ia tidak berfungsi. Maksudnya, telefon bimbit tidak boleh berjauhan, mesti ada bersama.

4. Mesej dihantar ke setiap peranti

Semua mesej dan fail yang anda hantar dan terima melalui Telegram – kecuali Secret Chat – disegerakan (sync) kepada semua peranti anda. Oleh itu, ia mudah dan pantas untuk anda capai pada setiap peranti yang anda miliki tanpa bergantung pada sebuah telefon.

5. Secret Chat

Jika mahukan perbualan rahsia yang tidak dapat dijejak, takut kantoi dan sebagainya 😀 bolehlah mulakan Secret Chat.

Kelebihannya ialah:

  • Keselamatan yang tinggi – encryption.
  • Mesej tidak simpan di dalam server.
  • Memiliki fungsi timer untuk hapuskan mesej.
  • Mesej tidak boleh forward.

Secret Chat - Kelebihan Telegram

6. Telegram Channel

Baca tentang Telegram Channel pada artikel berikut:

http://adiazudin.com/blog/telegram-channel/

7. Group Chat

A. Supergroup

Group Chat di Telegram telah menyokong sehingga 5,000 orang ahli. Mula-mula perlu create Group yang menampung 1,000 orang ahli dan kemudian upgrade to supergroup.

Supergroup - Kelebihan Telegram
Supergroup menampung sehingga 5000 ahli

Rujukan:

B. Admins

Group Admin pula boleh ditentukan seberapa ramai yang mahu, nak lantik semua ahli pun boleh.

C. Fungsi Chat

Mention

Ketika sedang chat di dalam group sudah tentu ada mesej-mesej khas yang perlu ditujukan kepada ahli tertentu. Jadi, gunakanlah fungsi mention dengan cara meletakkan simbol “@” sejurus kemudian anda akan nampak senarai username ahli-ahli group.

Mention - Kelebihan Telegram
Fungsi mention berguna untuk memanggil rakan-rakan di dalam group

Reply

Cara yang betul untuk reply mesej ialah, klik dahulu mesej seseorang supaya keluar menu pilihan. Kemudian, klik “Reply”. Cara ini semua akan tahu jawapan anda kepada mesej mana, boleh elak kekeliruan. Malah, jika klik pada thumbnail mesej yang anda reply, secara automatik rujuk terus kepada mesej pertanyaan tersebut.

Reply - Kelebihan Telegram
Fungsi reply di dalam mesej

Hashtag

Hashtag boleh digunakan di dalam mesej. Tujuannya supaya mudah di kemudian nanti untuk anda cari balik mesej berkenaan. Pergi ke bahagian carian, cari sahaja hashtag “#” berkaitan. Sebelum itu, pastikan anda yakin bahawa hashtag berkenaan pernah digunakan.

8. Percuma

Aplikasi Telegram adalah percuma selamanya, tiada iklan dan tiada yuran langganan.

9. Downloads

Jadi, bila mahu beralih kepada Telegram?

Telegram Channel amat sesuai sebagai medium penyiaran mesej

Telegram adalah antara aplikasi yang saya suka. Terdapat satu kelebihan pada Telegram yang tiada dalam aplikasi mesej lain iaitu boleh menghantar file bersaiz besar seperti PDF dan lain-lain format. Saya pernah hantar file PDF bersaiz 39.8MB tanpa sebarang masalah. Fungsi seperti ini tiada pada WhatsApp.

Baca artikel berikut untuk penjelasan lanjut:

http://adiazudin.com/blog/apakah-kelebihan-telegram/

Baiklah, artikel ini saya mahu sebarkan fungsi Telegram Channel. Fungsi broadcast sebelum ini telah digantikan dengan Channel yang mana kita boleh buat channel dalam 2 keadaan sama ada public (boleh sebar luas dan tiada had keahlian) atau private (ahli channel perlu mendapat jemputan daripada admin).

Apakah Channel?

Telegram Channel boleh didefinisikan sebagai saluran penyiaran maklumat kepada pengguna melalui aplikasi Telegram. Jangan keliru pula dengan Group Chat. Channel bukan untuk chat, ia menjadi medium penyiaran kepada admin untuk sampaikan maklumat kepada semua ahli.

Cara Buat Channel

Pada senarai menu, klik pada New Channel dan masukkan maklumat channel anda seperti gambar dibawah. Tetapkan sama ada Public Channel atau Private Channel, masukkan Link dan selesai.

Buat Telegram Channel
Cara buat Telegram Channel

Kelebihan Telegram Channel

  • Keahlian untuk channel adalah tiada had (unlimited).
  • Ahli yang baru sertai dapat lihat kesemua post yang terdapat di dalam channel sejak awal. Maksudnya boleh scroll post terdahulu.
  • Hanya creator dan admin sahaja boleh buat post di dalam channel.
  • Ahli dalam channel cuma boleh ikuti perkembangan pada berita yang dipost.
  • Ahli hanya dapat lihat butang mute dan unmute sahaja. Tiada fungsi chat kerana ini bukan group.
  • Jika sesuatu post dibuang, ianya terhapus untuk semua ahli.
  • Jumlah views bagi setiap mesej dipaparkan di bahagian bawah penjuru kanan bersebelahan masa mesej dihantar.

Manfaat terbesar dalam Channel ialah maklumat berjaya disampaikan dengan jelas tanpa gangguan. Berdasarkan pemerhatian saya, ramai lagi orang malah kawan saya sendiri masih tidak faham kepentingan untuk mereka buat Channel. Mereka samakan Channel dengan Group. Kita ambil contoh mudah, katakan anda anjurkan marathon. Tolonglah buat Channel untuk tujuan sebarkan hal-hal penting berkaitan event tersebut. Untuk kesenangan semua ahli juga supaya senang untuk rujuk kembali.

Kenapa? Group Chat tidak sesuaikah?

Group Chat boleh buat tempat perbincangan sesama ahli. Selepas itu, kemaskini keputusan perbincangan di Channel. Group Chat susah untuk semak kembali sebabnya ahli-ahli mencelah dengan perbualan, termasuklah perbualan yang tiada kaitan. Bayangkan anda perlu scroll mesej-mesej lama, atau tanya kali ke-2 dan ada yang paste balik info tersebut berulang-ulang kali. Sudah tentu bazirkan masa dan kurang cerdik, buat ajelah Channel. Bukankah ianya lebih baik dan sangat bagus!

Paparan Skrin Ahli

Ahli channel hanya nampak butang Mute / Unmute pada bahagian bawah, itu sahaja. Manakala pada bahagian Channel Info tiada senarai ahli dan admin ditunjukkan.

Senarai ahli-ahli Channel tiada siapa yang tahu melainkan Admin. Perkara ini sangat bagus kerana tiada kecurian ahli dapat dibuat sepertimana berlaku pada Group Chat. Jika Channel digunakan untuk beri penerangan produk atau perkhidmatan kepada prospek, tiada berlaku ahli mencuri secara senyap nombor telefon prospek lain untuk kepentingan peribadi. Fahamkan?

Paparan Skrin Ahli - Telegram Channel
Paparan skrin untuk ahli Channel

Paparan Skrin Admin

Admin channel ada ruangan untuk taip mesej pada bahagian bawah yang dinamakan broadcast. Manakala pada bahagian Channel Info ditunjukkan Members dan Administrators.

Paparan Skrin Admin - Telegram Channel
Paparan skrin untuk admin Channel

Channel Blogger Malaysia

Cari Channel
Sertai Channel Blogger Malaysia

Adakah anda telah cuba fungsi terbaru ini? Sebagai penulis yang banyak menulis tutorial, saya tidak ketinggalan dengan kemaskini terbaru ini. Anda boleh sertai channel Blogger Malaysia atau search ID @bloggermy pada aplikasi Telegram.

Lihat juga artikel pada blog rasmi Telegram:

Cara Buat 2 Akaun WhatsApp

Jikalau anda lihat seseorang itu menggunakan 2 WhatsApp di dalam 2 telefon bimbit adalah biasa dilihat. Saya juga menggunakan 2 WhatsApp, tetapi di dalam telefon bimbit yang sama. Fungsi “multi-user” yang terdapat pada Android 5.0 Lollipop menjadikan perkara ini dapat dibuat dengan mudah. Saya adalah pengguna telefon bimbit Nexus 5.

Gunakan Multi-user OS

Multi-user OS hanya terdapat pada sistem operasi Android (Android 5.0 Lollipop dan ke atas). Buat masa ini belum ada pada iOS.

Multi-user Android
Akaun Multi-user hanya terdapat pada peranti Stock Android sahaja

Install WhatsApp

Multi-user berfungsi sepenuhnya pada setiap akaun dan menggunakan email berbeza. Oleh sebab itu, penggunaan multi-user memberi sangat kemudahan jikalau memiliki lebih daripada 1 akaun Google.

Baiklah, kembali kepada topik WhatsApp. Install WhatsApp seperti biasa pada akaun kedua, kemudian setup seperti biasa sehingga selesai.

Langkah-langkah

  1. Tambah user baru dengan klik Add user pada paparan user.
  2. Pastikan anda telah ada email untuk akaun ke-2. Sama seperti akaun anda yang pertama, ID user adalah wajib untuk Google kenalpasti anda adalah pengguna baru.

  3. Setelah semua perkara asas selesai iaitu setup email dan sebagainya, bolehlah install aplikasi WhatsApp.
  4. Anda juga dikehendaki memiliki nombor bimbit yang ke-2 untuk tujuan pengesahan semasa setup WhatsApp. Saya guna nombor bimbit ke-2 yang telah didaftarkan dengan Yes4G. Nombor ini bolehlah digunakan untuk perniagaan, jadi tiadalah gangguan mesej masuk ke akaun utama.

  5. Jalankan WhatsApp.
  6. Semasa proses pengesahan nombor. Masukkan nombor bimbit ke-2 anda.
  7. Sejurus kemudian, paparan skrin meminta anda tunggu kod pengesahan dihantar ke telefon anda atau tunggu 5 minit untuk masukkan kod secara manual.
  8. Ketika masa menunggu sila semak sms yang dihantar oleh pihak WhatsApp. Jika guna Yes4G seperti saya, sila buka Yes Life untuk semak sms anda.
  9. Masukkan kod berkenaan dan selesai.

Kelebihan Multi-user ini membolehkan anda install aplikasi lain juga. Pada artikel ini saya membuat contoh terhadap WhatsApp, anda boleh explore sendiri yang lain. 🙂

Penggunaan

  • Saya buat percubaan di bawah untuk hantar mesej WhatsApp ke akaun ke-2 yang saya namakan Adi Studios.
Multi-user Android
Percubaan hantar mesej ke akaun ke-2
  • Switching to Adi Studios.
  • Lihat paparan skrin di bawah.

Hanya swipe dari atas kebawah untuk munculkan notification bar, klik pada gambar user untuk membuat pilihan akaun yang hendak diaktifkan.

Multi-user Android
Akses akaun ke-2 untuk lihat mesej yang diterima

Jika mahu seperti ini, boleh dicuba pada telefon Android masing-masing. Mudah untuk digunakan hanya pada 1 telefon sahaja!

Artikel ini tiada kaitan dengan aplikasi OG WhatsApp, segala soalan yang berkaitan OG WhatsApp adalah tidak relevan.

Cara Buat Kod QR

Cara Buat Kod QR

Jika ada kerja-kerja grafik yang memerlukan QR Code, saya hasilkan di goqr.me. Ianya adalah percuma sahaja. Terdapat banyak lagi sumber yang boleh dipakai, bukan sahaja di web, malah terdapat juga aplikasi QR untuk Apple dan juga Android tetapi goqr.me yang selalu saya gunakan.

Jika anda gunakan servis berbayar seperti di QR Code Generator, anda boleh tracking berapa kali imbasan dilakukan. Baiklah, untuk kegunaan asas, kita gunakan servis percuma dahulu.

GoQR.me

Terdapat 9 fungsi Kod QR untuk dipilih berdasarkan keperluan anda:

[mks_col] [mks_one_third]

Laman Web

[/mks_one_third] [mks_one_third]

Teks

[/mks_one_third] [mks_one_third]

vCard

[/mks_one_third] [/mks_col] [mks_col] [mks_one_third]

SMS

[/mks_one_third] [mks_one_third]

Panggilan

[/mks_one_third] [mks_one_third]

Lokasi

[/mks_one_third] [/mks_col] [mks_col] [mks_one_third]

Acara

[/mks_one_third] [mks_one_third]

Emel

[/mks_one_third] [mks_one_third]

WiFi

[/mks_one_third] [/mks_col]

Download Kod QR

Cara Buat QRCode

  • 4 format fail untuk download: SVG, EPS, PNG dan JPEG.
  • Saiz kod bermula dari 150 hingga 1000 pixels.

Bagaimana cara buat ringtone iPhone?

Cara buat ringtone iPhone

Terdapat 2 pilihan sama ada mahu buat ringtone sendiri daripada koleksi lagu yang sedia ada ataupun boleh terus membeli ringtone dari iTunes Store.

Jika mahu buat ringtone sendiri, ikuti langkah-langkah yang diterangkan di bawah:

1. Download .m4r Converter

Menukar format fail .mp3 kepada .m4r menggunakan app:

Ringtone Maker App

Terdapat pelbagai apps yang tersedia di App Store untuk membuat ringtone. Saya ambil salah satu app percuma untuk tutorial ini, boleh download Ringtone Maker menggunakan iPhone, iPad atau iPod Touch anda untuk mencubanya sendiri.

2. Proses menukar format

  • Pilih lagu / audio dalam format .mp3 untuk ditukarkan kepada .m4r. Sebagai contoh, saya memilih lagu Get Right (Jennifer Lopez).

Terlebih dahulu, pastikan terdapat lagu di dalam iDevices (iPhone, iPad atau iPod Touch) yang anda pakai.

Photo-AppScreen_SelectSong

  • Trim audio pada bahagian yang dikehendaki, anda boleh tekan butang play untuk preview. Panjang klip audio ialah 30 saat (maksimum), boleh juga dipendekkan lagi jika suka. Setelah berpuas hati boleh save kepada format .m4r.
  • Lihat pada slider, boleh digerakkan untuk membuat pilihan.
  • Setelah save, terdapat 2 pilihan disitu: Email Ringtone atau Upload Dropbox. Kita abaikan dua pilihan ini kerana saya mahu tunjukkan cara menggunakan iTunes File Sharing.

Photo-AppScreen_Trim-and-Save

3. Sync menggunakan iTunes

  • Connect dengan iTunes pada PC / laptop.

Saya beranggapan bahawa anda sudah install iTunes pada PC / laptop, kerana iTunes dengan iDevices tidak boleh dipisahkan. Melainkan anda adalah first time user. Jika belum, anda boleh dapatkan iTunes di sini.

  • Klik pada Apps seperti pada skrin di bawah. Anda boleh lihat File Sharing.
  • Pergi ke bawah sekali dan lihat pada app Ringtones yang digunakan sebelum ini.
  • Pergi ke Ringtones Documents untuk download file .m4r ke PC anda.

iTunesSync-Screen-1

  • Save ringtone tersebut untuk proses berikutnya.

iTunesSync-Screen-2

  • Kebiasaannya file yang dibuat dengan Ringtone Maker diberi nama ringtone_”Tajuk-Lagu”.m4r seperti contoh dibawah.
  • Saya lebih suka rename dahulu daripada menggunakan nama yang panjang kerana nanti nama tersebut dapat dilihat pada iPhone anda selepas melakukan sync.
  • Langkah seterusnya ialah masukkan Ringtones tadi ke bahagian Tones.

iTunesSync-Screen-5

  • Caranya, pilih File > Add File to Library… (Add file jika mahu memilih fail tertentu sahaja, bergantung kepada fail yang hendak dipilih) atau Add Folder to Library… (Add folder jika mahukan kesemua fail didalam sesuatu folder).
  • Shortcut: “Ctrl + O“.

iTunesSync-Screen-6

  • Saya memilih kesemua 6 ringtones tadi.

iTunesSync-Screen-7

  • Proses memasukkan Ringtones pada bahagian Tones sudah selesai. Hasilnya seperti di bawah:

iTunesSync-Screen-8

  • Langkah terakhir: Klik pada icon Phone, kemudian pilih Tones, klik pada Sync Tones (Dalam kes ini, terdapat 6 tones). Lihat pada “radio button” dibawah, saya pilih All tones, boleh juga jika mahu Selected tones.
  • Kemudian, klik pada butang Sync dibawah sekali.

iTunesSync-Screen-9

  • Langkah-langkah yang ditunjukkan disini sudah selesai. Anda boleh lihat maklumat Syncing Tones… dipaparkan pada skrin yang menunjukkan fail Ringtones sedang dipindahkan ke dalam iPhone.
  • Setelah selesai boleh keluar dari iTunes.
  • Sekarang, boleh beralih ke Langkah 4 seperti di bawah.

iTunesSync-Screen-10

4. Tetapkan ringtones untuk Default & Contacts

  • Tetapan Ringtone sebagai Default Tone:

Settings Sounds Ringtone

Photo-AppScreen_SoundsSettings

  • Tetapan Ringtone pada Contact:

Photo-AppScreen_SelectRingtone

Itu sahaja tutorial cara buat ringtone iPhone. Jika tutorial ini bermanfaat buat anda silakan berkongsi.

Restore WhatsApp

Backup WhatsApp

Langkah-langkah

Langkah pertama sekali, sila semak bilakah akhir rutin backup dibuat? Dari situ kita akan tahu waktu terkini fail backup tersebut, jika mesej yang masuk kemudian selepas itu tidak terkandung sama sekali dalam backup berkenaan.

  • Klik Settings > Chats and calls
Settings - Restore WhatsApp
Klik pada Chats and calls
  • Klik Chat backup
  • Klik Backup untuk lakukan backup terkini sebelum copy fail yang ada di dalam folder Databases.
Chat Backup - Restore WhatsApp
Chat backup

File Managers / Explorers

Guna File Managers / Explorers untuk lihat direktori fail yang terdapat didalam phone. Pergi ke folder WhatsApp > Databases. Saya sarankan supaya anda copy semua fail database yang ada dalam folder tersebut dan simpan di suatu tempat yang anda sendiri tahu untuk dapatkan kembali. Saya selalu simpan kesemuanya dalam Google Drive.

Fail database WhatsApp diberi nama seperti paparan dibawah, ianya mengikut tarikh.

Databases Folder - Restore WhatsApp
Kedudukan folder Databases di dalam WhatsApp

Restore WhatsApp

Langkah-langkah

  1. Uninstall WhatsApp.
  2. Anda hendaklah memilih manakah fail backup yang hendak digunakan.
  3. Namakan semula (rename) fail backup yang hendak digunakan daripada msgstore-YYYY-MM-DD.1.db.crypt8 kepada msgstore.db.crypt8.
  4. Langkah ke-3 adalah sangat penting kerana WhatsApp hanya baca fail dengan nama seperti diatas.
  5. Install kembali WhatsApp.
  6. Sebelum jalankan WhatsApp buat pertama kali, semak terlebih dahulu folder WhatsApp/Databases, pastikan anda telah paste fail baru yang telah rename sebentar tadi dalam langkah ke-3 ke dalam folder berkenaan.
  7. Apabila jalankan WhatsApp, secara automatik ia menggunakan fail msgstore.db.crypt8. Maka, selesai proses restore.

Artikel ini tiada kaitan dengan aplikasi OG WhatsApp, segala soalan yang berkaitan OG WhatsApp adalah tidak relevan.

Kecilkan saiz imej dengan TinyPNG

Kecilkan Saiz Imej

Kecilkan Saiz Imej

Terdapat dua jenis format yang sering digunakan iaitu JPG dan PNG. Format PNG adalah sangat berguna kerana ia satu-satunya format yang boleh menyimpan imej “transparent” dan disokong secara meluas dalam aplikasi dan juga web. Saya mahu kongsikan satu cara paling mudah untuk kecilkan saiz imej tanpa perlu install sebarang aplikasi, boleh layari laman web tinypng.com untuk gunakan tools yang disediakan. Anda hanya perlu muat naik imej yang mahu dikecilkan (saiz satu imej tidak boleh melebihi 5MB), ia akan terus diproses dan anda boleh muat turun imej tersebut dalam versi yang telah dimampatkan, yang mana saiznya berjaya dikurangkan sebanyak 50 hingga 70 peratus.

Laman web yang baik bukan sahaja bergantung kepada penulisan yang bagus semata-mata ianya hendaklah menitikberatkan prestasi optimum supaya berjalan lancar dan salah satu daripadanya ialah penggunaan imej yang jelas pada kualiti terbaik tetapi saiz imej berkenaan hanya memakan ruang yang sedikit.

Kecilkan saiz imej di TinyPNG
Contoh imej yang sedang diproses di laman web TinyPNG, ia menyokong sehingga 20 imej sekaligus

Boleh gunakan pautan dibawah untuk ke laman web:

[mks_col] [mks_one_half] Photo-TinyPNG-Pic3
[/mks_one_half] [mks_one_half] Photo-TinyPNG-Pic4
[/mks_one_half] [/mks_col]

Penggunaan Data Merge pada InDesign

Terlebih dahulu “variable data” hendaklah disenaraikan di dalam spreadsheet, disini saya gunakan Microsoft Excel. Database ini kemudiannya akan menjadi rujukan kepada InDesign untuk melaksanakan proses seterusnya, iaitu ketika fungsi Data Merge dilakukan. Proses ini amat mudah, tetapi saya lihat masih ada lagi designer yang tidak tahu menggunakannya.

1. Sediakan Data Dalam Excel

Mari kita mulakan, saya cuma mahu tunjukkan contoh bagaimana data merge berfungsi, andaikan anda mahu 10 keping kad staff yang memaparkan 3 maklumat utama iaitu: Nombor ID Staff, Nama mereka dan juga Jabatan yang mereka wakili. Ketiga-tiga maklumat ini hendaklah direkodkan kedalam Excel seperti gambaran dibawah:

excel-list

Selepas selesai key-in semua data yang dikehendaki, sila export file kepada format CSV (Comma delimited).

2. Sediakan Rekabentuk didalam InDesign

Sediakan susun letak & rekabentuk (layout & design) sebelum kita ke langkah seterusnya. Anda boleh menggunakan master pages untuk layout tetapi teks untuk kita gunakan nanti bersama csv file hendaklah diletakkan di halaman utama bukan master, jika tidak fungsi data merge tak menjadi.

Membuat new document berdasarkan saiz sebenar kad ID.

Step-1

Fungsi Place digunakan untuk link kepada grafik yang sudah siap. Link file letakkan di master page manakala teks yang anda akan taip nanti hendaklah guna halaman utama.

Step-2

3. Mulakan Proses Merge File CSV ke dalam InDesign

Klik pada Window > Utilities > Data Merge

Step-3

Select Data Source iaitu select kepada CSV file yang telah disavekan sebentar tadi.

Step-4
Step-5
Step-6

4. Memasukkan Fungsi Data ke Ruangan Teks Pada Kad

Highlight pada ruang teks kemudian klik field pada Data Merge. Dengan cara ini teks pada kad telah merge dengan data berkenaan. Lihat gambar di bawah, apabila teks telah berfungsi maka terdapat kurungan di kiri dan kanan.

Step-7

5. Merge kan Dokumen Yang Sudah Siap Untuk ke Langkah Terakhir

Create merged document:
Step-8

Akan keluar kotak preview seperti berikut:

Step-9

Anda biarkan sahaja default function, klik OK maka siaplah proses merge. Hasilnya anda akan mendapati terdapat 10 mukasurat, ini kerana terdapat 10 nama, atau sebaliknya, ianya berdasarkan kepada jumlah database yang anda sediakan.

Hasil akhir adalah nama staff, nama jabatan dan nombor ID kelihatan sepertimana dalam rekod di spreadsheet.

Step-10