Pemalam WordPress Featured
Foto oleh IB Photography di Shutterstock

Pemalam penting bagi blog WordPress

Pemalam adalah perisian yang dibangunkan dengan bahasa pengaturcaraan PHP. Ia memberikan fungsi tambahan kepada halaman WordPress.

Keperluan setiap blog adalah berbeza, disebabkan itu wujudnya pemalam untuk memberikan fungsi tambahan.

Senarai pemalam di bawah adalah yang digunakan pada blog ini. Saya tidak akan syorkan pemalam yang belum saya cuba, bermakna saya amat mengetahui perkara yang mahu disampaikan ini dengan baik.

Pemalam Penting

Pemalam penting adalah pemalam yang wajib dipasang bagi melancarkan pengurusan blog.

1. Jetpack

Pemalam asas pada laman WordPress kerana pemalam ini memiliki integrasi dengan pengkalan data utama. Setiap kali menghasilkan laman baharu, Jetpack perlu dihubungkan dengan WordPress.com supaya analisis data pengunjung dapat direkodkan berserta menggunakan pelan yang disediakan sama ada Pelan Percuma, Personal, Premium atau Professional.

Jetpack
5 juta pemasangan aktif

Jetpack oleh WordPress.com

Keselamatan, prestasi dan pengurusan web yang dibangunkan oleh Automattic, pasukan yang membangunkan WordPress

2. Akismet Anti-Spam

Pemalam ini wajib ada di setiap laman yang diuruskan bagi mengenalpasti komen spam yang dihantar pengunjung supaya tidak diterbitkan di blog.

Akismet
5 juta pemasangan aktif

Akismet Anti-Spam

Pemalam menapis spam pada komen yang juga dibangunkan oleh Automattic

3. Contact Form 7

Pemalam ini berguna untuk menghasilkan borang perhubungan yang digunakan pada halaman hubungi.

Contact Form 7
5 juta pemasangan aktif

Contact Form 7

Borang perhubungan yang ringkas dan mudah digunakan

4. SEOPress

Pemalam SEO yang saya gunakan sekarang ialah SEOPress. Ia ringkas dan memenuhi keperluan SEO sebagaimana 2 lagi pencabar utamanya iaitu Yoast SEO dan All in One SEO Pack.

SEOPress boleh melakukan kerja utama iaitu:

  • Tetapan titles & metas
  • Menjalankan XML dan HTML Sitemap
  • Tetapan media sosial untuk Open Graph dan Twitter Card, boleh rujuk artikel berkaitan di bawah.
SEOPress
90 ribu pemasangan aktif

SEOPress

Pemalam SEO yang mudah, cepat dan berkuasa. Juga terdapat versi berbayar pada harga USD39 setahun untuk laman web tanpa had

Imej Rencana Featured

Imej rencana penting kepada sesebuah artikel

Imej rencana ialah imej yang dipaparkan pada bahagian hadapan sesebuah artikel.

5. WP Rocket

Pemalam untuk menjana cache WP Rocket ini saya guna sejak 2016 lagi. Bagi saya, ia adalah pemalam untuk menguruskan cache paling baik yang pernah dipakai.

Pemalam berbayar yang perlu dilanggan secara tahunan, harganya USD49 setahun untuk satu laman web sahaja.

WP Rocket

WP Rocket

Mempercepatkan masa pemuatan laman web dengan penjanaan cache dan beberapa tetapan prestasi lain

Kelajuan Web Featured

Kelajuan masa pemuatan adalah penentu prestasi web

Tip pengurusan blog untuk mencapai kelajuan masa pemuatan yang dimahukan.

6. Site Kit

Pemalam Site Kit oleh Google ini khusus untuk analisis data blog di dalam WordPress bagi kemudahan kerja pentadbir. Jika pemalam ini tidak dipakai kita perlu membuka satu demi satu laman web servis-servis berkenaan iaitu Search Console, Analytics, AdSense dan PageSpeed Insights. Jadi, pemalam ini telah mempercepatkan kerja mengurus.

Google
100 ribu pemasangan aktif

Site Kit oleh Google

Pemalam rasmi Google ini yang menempatkan kesemua peralatan analisis data untuk kemudahan pentadbir

Pemalam Tambahan

Pemalam tambahan tidak wajib kerana hanya dipakai oleh sesetengah pentadbir, ia mengikut kepada keperluan masing-masing.

1. Redirection

Pemalam Redirection digunakan untuk kes pertukaran slug. Kadangkala pentadbir blog merasakan sesuatu slug itu perlu ditukar kepada yang lain atas sebab-sebab tertentu.

Jika pertukaran slug dibuat sesuka hati tanpa melakukan redirection, akan berlakulah halaman tidak dijumpai apabila pelawat masih klik kepada pautan yang digunakan sebelum ini sedangkan slug telah ditukar.

Redirection
1 juta pemasangan aktif

Redirection

Pemalam pengurusan redirect yang paling popular untuk WordPress

2. Regenerate Thumbnails

Pemalam Regenerate Thumbnails berguna ketika menukar tema kerana apabila pertukaran tema dibuat, saiz thumbnails khususnya untuk imej rencana perlu dijana semula.

Imej di dalam kiriman tidak perlu diusik walaupun pemalam ini boleh melakukannya, buat untuk imej rencana sahaja.

Regenerate Thumbnails
1 juta pemasangan aktif

Regenerate Thumbnails

Pemalam untuk menjana semula imej thumbnails

3. Loco Translate

Pemalam Loco Translate digunakan untuk membuat terjemahan antaramuka blog. Cuba anda perhatikan setiap tempat pada blog ini semua menggunakan Bahasa Melayu melainkan ada 2 perkataan yang saya tidak pasti terjemahan yang tepat iaitu perkataan tags dan pingback.

Loco
1 juta pemasangan aktif

Loco Translate

Pemalam untuk melakukan suntingan setiap perkataan yang digunakan pada antaramuka WordPress

Blog yang saya uruskan tidak menggunakan banyak pemalam, cukup dengan pemalam penting sahaja.

Lain-lain

Selain daripada yang telah disebutkan di atas, keperluan untuk pasang pemalam bergantung juga kepada keperluan tema.

Pasang pemalam yang bagus sahaja

Apabila mahu memasang pemalam, pastikan beberapa perkara ini:

  • Pilih pemalam yang dibangunkan oleh pembangun yang memiliki reputasi yang baik kerana ia tanda mudah bahawa pemalam itu bagus.
  • Lihat kekerapan kemaskini yang dibuat terhadap pemalam, pastikan kemaskini sentiasa dibuat mengikut perkembangan semasa. Contohnya jika anda semak bahagian last updated, ia menyatakan 2 years ago, abaikan sahaja pemalam ini.
  • Lihat juga tested up to dan berapa ramai pengguna yang menggunakan pemalam tersebut.

Saya amat berharap perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Ikuti saya di Twitter dan saluran Blogger Malaysia.